Page 57 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 57

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                         Kesimpulan
                                            Untuk memahami dan mempraktikan teori maslow ini beberapa andaian asas perlu diambil kira.
                                            Manusia adalah diandaikan akan memenuhi keperluan peringkat bawah dahulu mengikut hierarki keperluan
                                            sebelum bertindak memenuhi keperluan peringkat yang lebih atas.
                                            Apabila sesuatu peringkat keperluan telah dipenuhi ia tidak akan lagi menjadi asas motivasi bagi mendorong
                                            manusia bertindak.
                                            Sebaliknya tingkat keperluan yang berikutnya akan menjadi pendorong kepada perlakuan manusia
                                            berkenaan.  Manusia diandaikan dengan menggunakan berbagai cara untuk memenuhi keperluan mereka.

                                         2.  Teori Motivasi Herzberg.
                                               Federick Herzberg telah mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan
                                               kepada motivasi-penjagaan (motivation-maintenance model atau dikenali juga sebagai motivator-
                                                hygiene theory).

                                               Herzberg menyarankan bahawa dua set faktor akan mempengaruhi perlakuan pekerja ia itu faktor
                                                penjagaan (maintenance factor) dan faktor motivasi (motivation factor).

                                                i.  Faktor Penjagaan(hygiene).

                                                      Dikenali sebagai faktor yang menyihatkan (hygiene factor). Kadangkala ia juga dirujuk kepada
                                                       faktor ketidakpuasan.  Ia menerangkan perkara-perkara yang disediakan oleh syarikat bagi
                                                       menghalang  ketidakpuasan dalam organisasi.
                                                      Sekiranya wujud faktor penjagaan ini pekerja akan   mengurangkan ketidakberpuasan.
                                                       Sebaliknya, jika faktor ini tidak wujud maka pekerja akan tidak  berpuashati dalam
                                                       melaksanakan tugasnya.
                                                      Dalam faktor penjagaan ia tidak membincangkan kepuasan kerja.
                                                      Diantara faktor penjagaan tersebut adalah seperti:
                                                           i.  Upah dan gaji yang berpatutan termasuk faedah-faedah kewangan lain yang diberi oleh
                                                               syarikat.
                                                          ii.  Keselamatan kerja
                                                         iii.  Keselamatan dan keselesaan tempat kerja.

                                                                                                                                           MUKA SURAT 196
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62