Page 12 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 12
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
3. Pengurus bawahan (penyelia).
Terdiri dari penyelia-penyelia.
Bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan.
Terlibat dalam perancangan operasi
Mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran, penyelia mesin, pemasaran, akaun
dan sebagainya.
Menyusun kerja harian mereka dan mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-kerja
6.2.2 Jenis-jenis kemahiran Maksud Kemahiran
Pengurusan Merujuk kepada keupayaan menterjemahkan atau menukarkan pengetahuan kepada tindakan yang
boleh menghasilkan keputusan seperti yang dikehendaki.
c) Menjelaskan
berbagai-bagai jenis Jenis Kemahiran Pengurusan.
kemahiran 1. Kemahiran Konseptual
pengurusan Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya, hubungan antara bahagian-bahagian
termasuklah dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat.
konseptual, antara- Kemahiran ini untuk menangani isu-isu umum organisasi.
perorangan/ Pengurus juga perlu memahami bahawa organisasi terdiri dari bahagian-bahagian yang komplek
kemanusiaan, Kemahiran konsep ini membolehkan pengurus melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran
teknikal, seperti pelanggan, pesaing, pembekal, kerajaan dan sebagainya.
pengurusan masa, Keupayaan menyelesaikan masalah organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran.
dan pembuatan Pengurus akan dapat mencari, menganalsis dan menginterpretasi maklumat untuk mewujudkan
keputusan rancangan jangka masa panjang atau rancangan strategik yang akan menentukan arah perjalanan atau
halatuju organisasi.
Daft 2010 2. Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusian
Griffin 2011 Kemahiran Antara Perorangan / Kemanusian adalah keupayaan seseorang pengurus bekerja secara
efektif dengan orang lain.
Kemahiran memimpin, mengarah, menyelaras, berkomunikasi dan memotivasi pekerja.
MUKA SURAT 151

