Page 76 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 76

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                               Dalam  hal  ini,  penjadualan  kerja  boleh  dilakukan  oleh  pekerja  atau  penyelia  dan  wujudkan  sistem
                                                pemantauan agar kerja dapat disiapkan dalam waktunya.
                                               Dengan pengurusan masa yang cekap oleh pekerja dapat mengurangkan kertegangan.

                                         2.  Amalan permakanan
                                               Amalan permakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja.
                                               Apabila pekerja kurang sihat mereka bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah melemah
                                                diri mereka secara perlahan.
                                               Pekerja perlu diberi pengetahuan tentang amalan permakanan yang sihat.
                                               Pekerja yang sihat akan memberi sumbanagan  kepada organisasi yang sihat.

                                               Kesihatan pekerja ada kaitannya dengan prestasi kerja mereka.

                                         3.  Amalan kerohanian
                                               Ibadat sama ada ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, dan zakat dapat memberi ketenangan kepada
                                                pekerja.
                                               Selain dari itu, ibadat umum seperti sedekah, berzikir, beruzlah, mencari ilmu ugama dapat meringankan
                                                ketegangan kerja dan memberi ketenangan jiwa.
                                               Dalam hal ini, meditasi mungkin sesuai bagi pekerja bukan Islam.

                                         4.  Pembangunan mental
                                               Pekerja perlu membangunkan minda agar dapat menghadapi sebarang gangguan.
                                               Oleh  itu,  meningkatkan    pengetahuan  dan  pengalaman  boleh  mempertajamkan  minda  dan  memberi
                                                ketahanan minda.
                                               Melakukan aktiviti yang mencabar  juga dapat melatih ketahanan minda.
                                               Sebahagian dari masalah ketegangan adalah berpunca dari minda yang lemah.
                                               Jika pekerja dapat menguatkan minda mereka maka mereka dapat mengurangkan ketegangan pada diri
                                                mereka.



                                                                                                                                           MUKA SURAT 215
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81