Page 77 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 77
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
5. Pembangunan fizikal
Ketegangan dapat di kurangkan jika badan pekerja sihat.
Badan yang sihat juga dapat melawan penyakit seperti selsema, pening, jantung dan sebaginya.
Individu mesti mengambil initiatif dengan bersukan, senaman dan riadah agar fizikal mereka kuat dan
sihat untuk bekerja.
Badan yang sihat juga mewujudkan ketahanan pada minda.
6.6 Pengawalan
6.6.1 Jenis kawalan Maksud pengawalan.
Pengawalan adalah proses mengukur kemajuan perlaksanaan atau pencapaian sesuatu rancangan dan
a) Mentakrifkan mengambil tindakan pembetulan jika ianya menyimpang dari rancangan asal atau standard.
maksud Dalam definisi di atas terdapat beberapa perkara utama dalam aktiviti pengawalan iaitu rancangan, mengukur
pengawalan dan prestasi, membandingkan prestasi dengan stadard dan membuat tindakan pembetulan.
menjelaskan Ia merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan seluruh warga organisasi.
kepentingannya;
Kepentingan pengawalan
1. Memastikan agar perlaksanaan mengikut perancangan dan matlamat organisasi dapat dicapai.
2. Membantu pengurus dalam meramal, mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang perubahan
dalam persekitaran. Contoh: perubahan ekonomi, teknologi, cita rasa pengguna, peraturan kerajaan dan
sebagainya.
3. Mengesan kesilapan-kesilapan kecil dalam organisasi seperti penigkatan kos operasi, kerosakkan produk,
pekerja berhenti, rungutan pelanggan dan sebagainya.
4. Dapat mengurangkan kos buruh, mengurangkan kerosakkan dan meningkatkan produktiviti. Dengan
membuat pengawalan segera dan menyeluruh, syarikat dapat mengesan kesilapan dan kerosakkan dan
dapat mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
5. Mengesan peluang-peluang yang berlaku dalam persekitaran seperti perubahan harga bahan mentah,
perubahan tren populasi, pasaran baru dan sebagainya.
6. Memastikan agar warga organisasi melakukan pekerjaan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
MUKA SURAT 216

