Page 75 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 75
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Selain dari itu, ketua terlalu autokratik, komunikasi tertutup, teknik motivasi negatif yang digunakan
oleh ketua akan memberi kesan yang negatif kepada pekerja.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan harus merekabentuk struktur organisasi agar lebih
fleksibel atau luwes.
Jelaskan peranan pekerja dan hindari dari berlakunya pertindihan peranan.
7. Program sokongan keluarga
Program sokongan keluarga seperti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak dapat membantu pekerja
meringankan masalah keluarga mereka.
Dengan adanya program ini akan memudahkan terutama ibu-ibu menghantar anak mereka dipusat
penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh syarikat.
Dengan ini, mereka dapat menumpukan kepada kerja mereka.
Disamping itu, pihak pengurusan juga boleh mewujudkan waktu kerja anjal kepada pekerja.
Mungkin bagi sesetengah kerja sesuai dan kerja yang lain pula kerang sesuai.
Dalam hal ini pekerja dapat menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan mereka.
Organisasi juga boleh menyediakan tempat tinggal, pengankutan ke pejabat, tempat letak kereta dan
lain-lain faedah kepada pekerja.
b) Pendekatan Individu
Pengurusan ketegangan tidak sahaja menjadi tanggungjawab organisasi.
Pekerja seharusnya lebih bertanggungjawab dalam soal ini.
Kesan ketegangan kerja bukan sahaja melibatkan prestasi organisasi malah kesihatan pekerja juga.
Teknik boleh diamalkan oleh pekerja.
1. Pengurusan masa
Pekerja harus dilatih menggunakan masa dengan betul dalam melakukan kerja mereka.
Kegagalan mereka menggunkan masa akan menyebabkan mereka tertekan.
Sebahagian pekerja menantikan saat-saat terakhir untuk menyiapkan kerja mereka.
Ini akan menyebabkan kerja tersebut kurang berkualiti dan mereka akan berasa tertekan.
MUKA SURAT 214

