Page 19 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 19

memutuskan komunikasi dan bahaya kepada yang berada di luar kawasan rumah. Kerosakan

               harta benda seperti peralatan elektronik juga berlaku akibat kilat dan petir


               Banjir boleh terjadi apabila tiba musim monson timur laut. Hujan dalam tempoh masa panjang
               menyebabkan  limpahan  air  dan  menenggelamkan  kawasan  pertanian  penduduk.  Hasil

               pertanian seperti sawah padi terjejas. Petani juga tidak dapat menoreh getah pada musim hujan.

               Kegiatan perikanan turut terjejas kerana nelayan pinggir pantai tidak dapat ke laut kerana laut
               bergelora dan bahaya kepada bot-bot kecil. Sumber tangkapan laut akan berkurang.


               Kesimpulannya hujan memang membawa pelbagai kesan positif dan negatif kepada aktiviti

               manusia. Sekiranya manusia tidak berhati-hati kesan hujan  boleh menjejaskan kesejahteraan

               hidup.





               6.      (a) Jelaskan bagaimana perubahan unsur cuaca dan iklim memberikan kesan kepada
                             aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.                                                   [15]

               Rangka Jawapan
                   i.  Peningkatan suhu / fenomena kemarau/ sejatan melebihi kerpasan – pertanian tidak
                       dapat dijalankan
                   ii.  Peningkatan kerpasan / hujan lebat / banjir – aktiviti pengangkutan / perniagaan /
                       pertanian terjejas
                   iii.  Angin – kelajuan angin tinggi / ribut – pertanian / pengangkutan terjejas/terganggu
                   iv.  Bahangan suria tinggi / kadar matahari yang berlebihan / litupan awan kurang – IKS –
                       pengeringan dapat dijalankan
                   v.  kelembapan tinggi / kandungan wap air yang banyak dalam udara – pertanian dapat
                       dijalankan


               Cadangan Jawapan


               Peningkatan  suhu  atau  kejadian  kemarau  menyebabkan  proses  sejatan  melebihi  kerpasan.

               Peningkatan  sejatan  akan  mengeringkan  kawasan  pertanian  yang  menyebabkan  aktiviti

               pertanian tidak dapat dijalankan atau terjejas.


               Peningkatan kerpasan akibat kejadian hujan lebat menyebabkan penambahan jumlah air atau
               banjir.  Banjir  akan  meningkatkan  kadar  larian  air  permukaan  yang  menjejaskan  aktiviti

               pengangkutan / perniagaan / pertanian terjejas


                                                                                                       19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24