Page 20 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 20

Angin kencang atau kelajuan tiupan angin yang tinggi atau kejadian ribut akan meningkatkan
               kadar hakisan layangan angin. Hakisan permukaan bumi akan mengurangkan kesuburan tanih

               menyebabkan kegiatan pertanian terjejas/terganggu


               Peningkatan bahangan suria  menyebabkan penerimaan tenaga matahari yang berlebihan. Ini

               meningkatkan kadar sejatan menyebabkan litupan awan kurang memudahkan aktiviti  IKS
               dijalankan. Peningktan jumlah sejatan membantu dalam proses pengeringan  dijalankan.


               kelembapan udara tinggi menyebabkan kandungan wap air yang banyak dalam udara. Wap air

               yang banyak akan membantu proses pemeluwapan giat yang menyebabkan suhu persekitaran

               rendah menggalakkan pertanian hawa sederhana dapat dijalankan




               (b)   Huraikan lima kesan tiupan angin Monsun Timur Laut terhadap sektor ekonomi
                       primer di Malaysia.                                                              [10]

               Rangka Jawapan
                   i.  Banjir – Pertanian terjejas kerana sawah padi ditenggelami air
                   ii.  Laut bergelora/ombak –menjejaskan perikanan  , nelayan tidak dapat turun ke laut
                       kerana laut bergelora
                   iii.  Hujan lebat/ musim tengkujuh –Pembalakan terjejas, menyukarkan kerja penebangan
                       dan pengangkutan balak
                   iv.  Tanah runtuh – Perlombongan terjejas kerana hujan lebat menyebabkan tanah tepu
                       kejadian tanah runtuh berlaku.
                   v.  Angin kencang – pertanian terjejas – pokok tumbang


               Cadangan Jawapan


               Banjir musiman terjadi  ketika tiupan angin  monsun timur laut bertiup.  Limpahan air  akan

               menyebabkan pertanian terjejas kerana sawah padi ditenggelami air


               Tiupan angin yang kencang menyebabkan laut bergelora atau berombak. Ombak yang tinggi

               menjejaskan aktivit perikanan. Kebanyakan nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut
               kerana laut bergelora







                                                                                                       20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25