Page 22 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 22
Perubahan unsur cuaca yang lain ialah tiupan angin menjadi kencang. Arah tiupan angin lazim
turut berubah. Keadaan panas di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia menyebabkan
angin bertiup keluar ke kawasan yang lebih sejuk.
Seterusnya El Nino mengakibatkan tekanan udara rendah. Hal ini kerana Malaysia mengalami
suhu tinggi dan membentuk tekanan udara rendah.
Kelembapan udara turut menjadi rendah semasa fenomena El Nino. Kelembapan udara yang
rendah adalah disebabkan oleh faktor kerpasan yang kurang. Sejatan dan sejat perpeluhan turut
berkurang. Udara menjadi kering.
Akhir sekali litupan awan menjadi kurang disebabkan udara kering sewaktu El Nino, awan
sukar terbentuk. Langit lebih cerah kerana kurang litupan awan.
(b) Bincangkan enam kesan fenomena El Nino ke atas aktviti penduduk di Malaysia
[13]
Rangka Jawapan
i. Kemarau – suhu harian tinggi, kurang air dan kering. Akibatnya aktiviti pertanian
terjejas. Penanaman tidak dapat dilaksanakan. Tanaman akan layu dan mati.
ii. Bekalan air bersih berkurangan – Taburan hujan sedikit. Akibatnya kawasan tadahan
air tidak dapat membekalkan lagi air untuk keperluan domestik.
iii. Suhu tinggi – Suhu tinggi menyebabkan penduduk lebih suka duduk di rumah.
Penduduk rasa kurang selesa dan mudah berpeluh. Aktiviti riadah dan rekreasi
terhenti.
iv. Kebakaran hutan – suhu yang tinggi akan mengakibatkan kebakaran hutan berlaku.
Ini boleh menjejaskan aktiviti pembalakan.
v. Angin kencang – angin yang bertiup kencang akan menjejaskan aktiviti perikanan.
Nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.
vi. Tekanan udara rendah – mengakibatkan suhu menjadi tinggi, mengganggu aktiviti
pelancongan
vii. - Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Kesan fenomena El Nino ke atas aktiviti penduduk di Malaysia ialah berlaku kemarau. Suhu
harian yang tinggi, kekurangan air dan udara yang kering akan menyebabkan kemarau.
22

