Page 24 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 24
8. (a) Bincangkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. [13]
Rangka Jawapan
Faktor fizikal
i. Letusan gunung berapi
ii. Kebakaran hutan
iii. Kandungan atmosfera
iv. Kemarau
Faktor Manusia
v. Perindustrian – pelepasan gas dari industri
vi. Penjanaan jana kuasa elektrik – penggunaan dan pembakaran bahan api
vii. Pengangkutan – pembakaran bahan api fosil/penggunaan pendingin hawa
viii. Pembalakan besar-besaran – kehilangan tumbuhan – kandungan CO2 meningkat
ix. Aktiviti domerstik – pembakaran terbuka - pelepasan CFC
x. Pertanian – pembakaran sisa pertanian
xi. Pembinaan – proses pembandaran memerlukan aktiviti yang besar dan banyak
xii. Ujian nuklier – pelepasan gas
xiii. Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Letusan gunung berapi menghasilkan pelbagai jenis gas yang banyak terutamanya gas karbon
dioksida ke atmosfera. Di samping itu letusan gunung berapi akan menghasilkan jenis debu
yang terampai di udara. Pelepasan gas karbon dioksida dan debu yang terampai di atmosfera
menyebabkan suhu menjadi tinggi dan memerangkapan bahangan bumi.
Kebakaran hutan merupakan faktor yang menyumbang kepada kejadian rumah hijau. Salah
satu punca kebakaran hutan berlaku disebabkan oleh kemarau yang berlaku secara musiman.
Kebakaran hutan akan membebaskan gas karbon dioksida dan asap ke atmosfera. Pembebasan
gas ini akan memerangkap bahang bumi menyebabkan peningkatan suhu dan seterusnya
menghasilkan rumah hijau.
Aktiviti perindustrian merupakan faktor yang memberi kesan rumah hijau. Aktiviti industri
pemprosesan akan menyebabkan pelepasan asap kilang dan jelaga. Hal ini disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil seperti industri kilang simen mengeluarkan debu-debu dari kuari
batu. Pelepasan gas-gas rumah hijau ini akan meningkatkan suhu dan seterusnya menyebabkan
berlakunya kesan rumah hijau.
24

