Page 23 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 23
Akibatnya, aktiviti pertanian terjejas. Penanaman tidak dapat dilaksanakan. Tanaman akan layu
dan mati. Produktiviti merosot seterusnya berlaku kekurangan bekalan makanan sehingga
menjejaskan aktiviti penduduk.
Kesan seterusnya ialah bekalan air bersih berkurang. Taburan hujan yang sedikit akan
mempengaruhi bekalan air. Akibatnya kawasan tadahan air tidak dapat membekalkan lagi air
untuk keperluan domestik. Hal ini akan mengganggu aktiviti domestik penduduk. Lebih teruk
lagi jika berlaku krisis air dan menjejaskan kehidupan harian.
Kesan El Nino yang seterusnya ialah suhu menjadi tinggi. Ini menyebabkan penduduk lebih
suka duduk di rumah. Penduduk rasa kurang selesa dan mudah berpeluh. Aktiviti riadah dan
rekreasi akan terhenti. Ini menjejaskan aktiviti harian penduduk.
Fenomena El Nino juga akan menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku. Kebakaran hutan
terjadi akibat suhu yang tinggi ditambah pula dengan kekurangan taburan hujan dan udara yang
kering. Ini akan mengganggu aktiviti pembalakan. Malah kebakaran hutan juga akan
menyebabkan keadaan udara yang tidak sihat seperti habuk, debu dan asap.
Angin yang bertiup kencang akibat fenomena El Nino akan mengganggu aktiviti perikanan.
Nelayan terutamanya nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut kerana nelayan pinggir
pantai biasanya menggunakan bot yang kecil. Bot yang kecil kurang tahan dengan keadaan
angin kencang dan boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu aktivit perikanan terpaksa
dihentikan sementara semasa El Nino.
Kesan El Nino seterusnya ialah tekanan udara menjadi rendah. Suhu akan meningkat. Aktiviti
pelancongan turut terjejas kerana penduduk tidak berminat untuk menikmati udara pada waktu
cuaca panas.
Kesimpulannya, fenomena El Nino akan mengganggu pelbagai aktiviti manusia. Oleh itu,
penduduk seharusnya mempunyai kesedaran dan bersedia untuk menghadapi fenomena ini.
23

