Page 26 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 26
Cadangan Jawapan
Langkah perundangan yang telah dilaksanakan ialah memperkasakan akta contohnya Akta
Alam Sekeliling 1974 iaitu mewajibkan penggunaan bahan yang mesra alam dan menyekat
bahan bakar secara maksimum. Tindakan ini dapat mengurangkan pembebasan gas-gas rumah
hijau ke atmosfera.
Selain itu tindakan yang dilaksanakan ialah menguatkuasakan undang-undang. Antara tindakan
yang diambil seperti hukuman, denda dan kompaun, membatal lesen, premis disita kepada
pihak yang menjadi penyumbang kejadian kesan rumah hijau.
Kempen kesedaran perlu dilaksanakan dengan segera agar kesan rumah hijau dapat
dikurangkan. Antara kempen yang telah dilaksanakan ialah Kempen Kongsi Kereta atau
penggunaan kenderaan awam. Kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera.
Penanaman semula tumbuh-tumbuhan dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Hal ini dapat
mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera. Tumbuhan berperanan menyerap
gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen di atmosfera melalui proses fotosintesis.
Penggunaan teknologi mesra alam juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Penggunaan
peralatan yang bebas gas pencemar seperti gas karbon dioksida. Sebagai contoh teknologi
mesra alam seperti kenderaan hibrid, bahan binaan mesra alam, serombong asap dapat
mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
Pendidikan alam sekitar salah satu faktor yang dapat mengurangkan kesan rumah hijau.
Pendidikan alam sekitar dapat dilaksanakan dalam bentuk formal atau pun secara tidak formal.
Maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat dalam memberi kesedaran dan kemahiran
tentang pengurusan alam sekitar.
26

