Page 28 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 28

Kawasan bandar yang tidak mempunyai kawasan badan air turut menyebabkan berlakunya
               fenomena  pulau  haba  bandar.  Ini  kerana  kurang  badan  air  di  kawasan  bandar  akan

               mengurangkan proses sejatan dan seterusnya mengurangkan jumlah kelempaban udara yang
               berfungsi untuk menyerhanakan suhu.



               Kesimpulannya,  terdapat  banyak  faktor  yang  boleh  mempengaruhi  fenomena  pulau  haba
               bandar utamanya kawasan tepu  bina, kekurangan litupan tumbuhan, bahan  binaan, kawasan

               berturap, struktur bangunan yang tinggi dan kurangnya badan air.



                  (b)  Jelaskan enam kesan pulau haba bandar terhadap alam sekitar fizikal.     [12]

               Rangka Jawapan
                       Kesan pulau haba bandar             Kesan alam sekitar fizikal
                   i.  suhu tinggi                         ekosistem (flora&fauna)
                   ii.  udara kering                       atmosfera – pencemaran udara/jerebu
                   iii.  kadar kelembapan udara rendah     sumber air terjejas
                   iv.  angin kencang                      kemusnahan tumbuhan
                   v.  tekanan udara rendah                hakisan
                   vi.  kerpasan tinggi                    kejadian ribut
                   vii. bahang bumi                        pembentukan awan




               Cadangan Jawapan


               Fenomena pulau haba bandar akan menyebabkan suhu persekitaran bandar meningkat daripada

               kawasan sekitarnya. Suhu yang tinggi akan menyebabkan kemusnahan ekosistem. Ini kerana
               suhu yang tinggi akan menjejaskan pertumbuhan flora dan seterusnya mengurangkan sumber

               makanan fauna.


               Udara kering turut  merupakan kesan pulau haba bandar. Udara kering akan meningkatkan
               jumlah partikel debu di udara. Keadaan partikel debu yang banyak akan meningkatkan kadar

               pencemaran udara.










                                                                                                       28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33