Page 31 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 31

proses pepeluhan akan naik ke atmosfera  dan mengalami proses pemeluwapan yang seterusnya

               menghasilkan awan.


               Suhu  yang  tinggi  akan  mempengaruhi  bekalan  tenaga  haba  yang  mencukupi  untuk
               memanaskan permukaan air  sama ada dari lauan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain. Hal ini

               akan menyebabkan penukaran bentuk cecair kepada wap air dengan cepat dan terbebas ke

               atmosfera dengan kadar yang banyak. Oleh sebab itu, air yang bersuhu tinggi (panas) lebih
               cepat tersejat berbanding dengan air sejuk.


               Litupan tumbuhan yang banyak di sesuatu kawasan akan menggalakkan proses sejat peluhan

               dan seterusnya mempengaruhi perubahan fasa air dari air kepada wap air. Litupan tumbuhan

               amat  penting  bagi  menjamin  kelembapan  udara  berbanding  kekurangan  tumbuhan  akan
               menyebabkan persekitaran menjadi kering.


               Badan-badan  air  dapat  menyerdahanakan  suhu  dan  membantu  proses  sejatan.  Sekiranya

               banyak  badan  air  maka  semakin  banyak  penukaran  fasa  air  dari  cecair  kepada  wap  air.
               Lazimnya sejatan berlaku terhadap permukaan air seperti laut, sungai, kolam, tasik dan paya.

               Tenaga haba memainkan peranan bagi memanaskan permukaan air dan menukarkan tenaga

               haba kepada tenaga kinetik.


               Litupan ais yang banyak dan pencairan ais di kutub akan mempengaruhi perubahan fasa air
               dari pepejal kepada cecair (Pemejalwapan). Lapisan ais mencair dengan cepat disebabkan oleh

               peningkatan suhu global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan

               kenaikan paras air laut dunia.


               Angin berupaya untuk menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih
               kering.  Tiupan  angin  yang  kencang  seperti  badai  akan  mempengaruhi  proses  sejatan  iaitu

               perubahan fasa air dari cecair kepada wap air di permukaan air. Sejatan berlaku dengan cepat

               dalam keadaan udara kering berbanding dengan udara lembap.









                                                                                                       31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36