Page 30 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 30

Cadangan Jawapan



               Perubahan fasa air bentuk gas kepada cecair melibatkan proses pemeluwapan iaitu suhu dalam
                                                          o
               jisim udara menurun kepada takat embun (0 C). Perubahan tenaga yang terlibat dalam proses
               ini adalah haba dibebaskan melalui kaedah penyejukan.


               Penukaran  cecair  kepada  gas  melibatkan  proses  sejatan  yang  berlaku  di  permukaan  bumi

               apabila  menerima  pancaran  cahaya  matahari  dan  menukarkan  badan  air  kepada  wap  air.
               Perubahan  tenaga  yang  terlibat  dalam  proses  ini  adalah  haba  diserapkan  melalui  kaedah

               pemanasan.


               Perubahan  cecair  kepada  pepejal  melibatkan  proses  pembekuan  iaitu  air  akan  membeku

               menjadi ais apabila disejukkan sehingga takat beku. Perubahan tenaga terlibat dalam dalam
               proses ini adalah haba dibebaskan melalui kaedah penyejukan.


               Penukaran keadaan bahan daripada pepejal kepada cecair melibatkan proses pencairan. Pada

                                                                                   0
               proses  ini  ketulan  ais  bertukar  menjadi  air  berlaku  pada  suhu  (0 c)  melibatkan  kaedah
               pemanasan  iaitu haba diserapkan.




               (b)   Bincangkan enam faktor fizikal mempengaruhi perubahan fasa air.                     [13m]

               Rangka jawapan:
                   i.  Lembapan tanih
                   ii.  Suhu
                   iii.  Litupan tumbuhan
                   iv.  Badan Air
                   v.  Ais
                   vi.  Angin


               Cadangan Jawapan


               Lembapan tanih yang tinggi akan mempengaruhi perubahan fasa air dari cecair kepada wap air

               apabila  bahangan  matahari  yang  tinggi  dan  suhu  tinggi  di  atas  permukaan  tanih  akan

               merangsangkan kadar pepeluhan dan ketersediaan air untuk disejatkan. Wap air kesan daripada





                                                                                                       30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35