Page 37 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 37

Cadangan Jawapan



               Kekurangan simpanan air tanih menyebabkan tumbuhan menjadi layu. Air amat diperlukan
               untuk proses tumbesaran tumbuhan.  Melalui air tanih, akar tumbuhan dapat menyerap mineral

               bagi membantu tumbuhan hidup dengan subur. Pengurangan simpanan air tanih yang giat boleh
               menyebabkan tumbuhan mati. Kesannya akan mengganggu rantaian makanan dalam sistem

               ekologi.


               Pengurangan simpanan air tanih menyebabkan sungai menjadi kering. Air sungai yang kering

               akan mengganggu kitaran hidrologi. Proses sejatan tidak lagi berlaku hingga menyebabkan
               wap-wap air di udara berkurangan. Kesannya kejadian hujan sukar berlaku.


               Sumber air juga akan berkurang. Hal ini demikian kerana berlaku pengurangan simpanan air

               tanih. Tiada hujan yang turun untuk membekalkan sumber air. Kesannya sumber air untuk

               perigi dan tasik menjadi kurang. Hal ini juga akan menjejaskan kitaran hidrologi.


               Simpanan air tanih yang berkurang juga memberi kesan kepada hidupan. Haiwan di  darat
               memerlukan  air  sebagai  minuman  manakala  haiwan  di  dalam  air  menjadikan  air  sebagai

               habitat. Ketiadaan simpanan air tanih menyebabkan haiwan mati kehausan dan bagi haiwan

               yang tinggal di dalam air seperti di tasik dan di sungai akan mati kerana habitat haiwan ini
               seperti  ikan  dan  udang  musnah.  Hal  ini  demikian  kerana  sumber  makanan  dalam  siratan

               makanan musnah.


               Keadaan tanah yang kering terutama di kawasan cerun kerana simpanan air tanih kurang boleh

               membawa kepada gerakan jisim. Tanah yang kering dan tandus menyebabkan struktur tanah
               menjadi longgar. Gegaran yang berlaku akibat laluan kenderaaan berat di kawasan lereng bukit

               yang kering dan tandus menyebabkan berlaku geluncuran puin.


               Akibat  pengurangan  simpanan  air  tanih,  tanih  menjadi  kering.  Kadar  sejatan  yang  tinggi
               menyebabkan tanah kering dan peroi. Tanah yang kering dan peroi ini terdedah kepada agen

               hakisan iaitu hakisan angin. Angin yang bertiup dan bergesel dengan permukaan tanah yang

               kering akan menyebabkan hakisan layangan berlaku. Kesannya permukaan tanah yang peroi
               tadi dihakis dan diangkut ke tempat lain.


                                                                                                       37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42