Page 36 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 36

bersegi-segi mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang licin dan

               berkilat.


               Selain faktor geologi, kadar resapan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti hujan,
               bentuk muka bumi dan aktiviti manusia.



               Hujan yang renyai dalam jangka masa yang lama menyebabkan kadar resapan tinggi kerana
               setiap titisan berpeluang untuk meresap masuk ke dalam tanah. Walau bagaimanapun sekiranya

               hujan lebat tetapi dalam jangka masa yang singkat, larian permukaan menjadi tinggi dan kadar
               resapan menjadi rendah.



               Litupan tumbuhan juga mempengaruhi kadar resapan. Kawasan hutan tebal mengalami kadar
               resapan yang tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titsan air menimpa tanah.

               Titisan air hujan mempunyai masa yang cukup untuk meresap masuk ke dalam tanah. Kawasan
               yang kurang litupan hujan kadar resapan rendah kerana halaju titisan hujan yang tinggi kerana

               kurang  halangan.  Hal  ini  menyebabkan  lebih  banyak  air  hujan  mengalir  di  permukaan
               berbanding dengan yang meresap masuk.



               Seterusnya faktor aktiviti manusia juga mempengaruhi kadar resapan. Aktiviti penurapan jalan
               dengan simen, tar dan aspalt menutup liang-liang pori tanah menyebabkan kadar resapan sangat

               rendah. Selain itu aktiviti penyahutanan, pemotongan dan peneresan cerun bukit menyebabkan
               kadar resapan menjadi kurang kerana larian air permukaan meningkat. Hal ini demikian kerana

               tiada halangan di permukaan tanah yang dapat mengurangkan kelajuan air larian permukaan.




                   (b)   Jelaskan enam kesan pengurangan simpanan air tanih terhadap alam sekitar fizikal.
                                                                                                          [12]
               Rangka Jawapan
                     i.   Tumbuhan layu
                     ii.   Sungai kering
                    iii.   Sumber air berkurang
                    iv.   Berlaku luluhawa fizikal
                     v.   Hidupan mati
                    vi.   Gerakan jisim
                   vii.   Tanah menjadi kering
                   viii.   Aras air tanah rendah
                    ix.   Udara kering



                                                                                                       36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41