Page 74 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 74

Perindustrian desa adalah memajukan industri asas tani sebagai industri hiliran dan industri

               berasaskan sumber alam seperti industri kraf tangan. Selain itu, kemajuan perindustrian desa
               akan  memajukan  kawasan  desa  seperti  pembinaan  jalan  raya,  bekalan  elektrik,  air,

               telekomunikasi, pengkongsian teknologi dan lain-lain. Hal ini sikit sebanyak telah mengatasi
               masalah jurang pembangunan antara desa dengan bandar-bandar di Malaysia.



               Pembangunan in-situ menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan
               asas yang lengkap dan sempurna. Selain itu, program  ini turut menyediakan rumah rakyat

               menerusi  program  perumahan  rakyat  termiskin  (PPRT)  dan  menyediakan  pusar-pusat
               pertumbuhan ekonomi desa dan pasaran hasil desa.



               Pembandaran  desa  ialah  strategi  membandarkan  kawasan-kawasan  desa  yang  berpotensi.
               Petempatan  desa  yang  dipilih  akan  dilengkapkan  dengan  pelbagai  kemudahan  asas  dan

               perkhidmatan asas pembandaran untuk dijadikan sebagai bandar kecil atau sederhana. Bandar
               ini  akan  dilengkapi  dengan  kemudahan  asas  seperti  bekalan  air,  elektrik,  sistem

               telekomunikasi, jalan raya, jalan pengangkutan, pejabat pos, sekolah dan lain-lain.


               Menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi menyediakan perkhidmatan kepada

               penduduk setempat sepanjang masa. Semua agensi kerajaan dikelompokkan di bawah satu
               bumbung antaranya klinik kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran

               Negara (JPN), Pejabat PTPTN dan lain-lain lagi. Selain itu, RTC juga bertindak sebagai pusat
               kegiatan ekonomi seperti jualan, peruncitan dan borong barang dengan tawaran harga yang

               lebih mudah lagi.


               Memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di desa untuk mengurangkan

               jurang  digital  antara  bandar  dengan  desa.  Kerajaan  telah  menyediakan  kemudahan
               perkhidmatan internet dan jalur lebar menerusi projek Pusat Internet 1 Malaysia, Pusat K-

               Komuniti dan Projek 1BestariNet di Sekolah bagi mengggalakkan pembelajaran berasaskan

               komputer dan meningkatkan celik ICT dalam kalangan pelajar di Desa.









                                                                                                       74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79