Page 75 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 75
25. (a) Jelaskan enam kelebihan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi. [12]
Rangka Jawapan
i. Meningkatkan aliran dagangan – aliran dagangan meningkat antara negara kerana
semua negara menikmati faedah cukai yang rendah dan penghapusan sekatan
dagangan
ii. Perluasan pasaran – saiz pasaran dan jumlah penduduk bertambah menyebabkan
pasaran semakin meluas.
iii. Harga barangan semakin murah- harga produk semakin murah yang menguntungkan
pengguna.
iv. Pelbagai pilihan barangan- kepelbagaian produk dari pelbagai negara menyebabkaan
pengguna banyak pilihan.
v. Meningkatkan teknologi R & D . Bagi menjamin daya saing produk yang dikeluarkan
syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan mutu barangan melalui R & D.
vi. Meningkatkan aktiviti ekonomi- Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan
melalui pelbagai aktiviti ekonomi.
Cadangan Jawapan
Meningkatkan aliran dagangan antara negara kerana semua negara terlibat bebas menikmati
faedah cukai yang rendah dan penghapusan sekatan dagangan. Banyak negara mempunyai
peluang untuk berdagang dengan mudah kerana cukai yang dikenakan yang rendah.
Berlaku perluasan saiz pasaran kerana jumlah penduduk setiap negara semakin bertambah.
Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan barangan semakin banyak seterusnya
menyebabkan pasaran semakin meluas. Apabila berlaku peluasan pasaran barangan yang sukar
diperolehi menjadi lebih mudah didapati.
Harga barangan menjadi semakin murah . Ini kerana terdapat pelbagai pilihan barangan atau
jenis barangan yang sama dari pelbagai pengeluar. Apabila terdapat banyak produk yang sama
di pasaran , ini menyebabkan harga produk semakin murah yang menguntungkan pengguna.
Pelbagai pilihan barangan dan kepelbagaian produk yang di hasilkan daripada pelbagai
negara. Ini menyebabkan terdapat pelbagai pilihan pengguna mempunyai banyak pilihan
untuk mendapatkan produk atau barangan yang mereka perlukan . Kepelbagaian pilihan
barangan di pasaran memudahkan pengguna memilih produk mengikut cita rasa masing –
masing dengan senang.
75

