Page 76 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 76
Meningkatkan teknologi R & D . Bagi menjamin daya saing produk yang dikeluarkan syarikat
pengeluar sentiasa meningkatkan mutu barangan melalui R & D demi untuk menarik minat
pengguna kepada setiap barangan yang dikeluarkan. Produk yang mempunyai mutu dan kualiti
ditahap yang lama dan rendah tidak dapat bersaing di pasaran bebas yang mempunyai kualiti
tinggi.
Meningkatkan aktiviti ekonomi sesebuah negara apabila pelbagai peluang pekerjaan dapat
diwujudkan melalui pelbagai aktiviti ekonomi. Banyak sektor ekonomi yang boleh memberi
peuang pekerjaan seperti sektor pertanian, pembalakan, perikanan, perindustrian,
pengangkutan dan pelancongan . Sektor ekonomi yang berkembang pesat ini dapat meningkat
pendapatan penduduk dan KDNK negara meningkat.
(b) Bincangkan enam kesan positif globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. [13]
Rangka Jawapan
i. Perdagangan bebas – sesebuah negara bebas memasarkan barangan ke negara lain
ii. Peluasan pasaran- Negara miskin berpeluang memasarkan produk mereka ke negara
maju ataupun sebaliknya.
iii. Pemindahan teknologi – Kemasukan teknologi dan kepakaran moden dari negara
maju seperti Jepun, USA, Britain telah memajukan industri negara membangun.
iv. Aliran buruh – Kemasukan buruh mahir dari negara maju ke negara miskin telah
menggalakan pertumbuhan ekonomi negara miskin.
v. Mengalakkan persaingan – Negara- negara berlumba untuk supaya dapat
memasarkan produk mereka ke pasaran global.
vi. Peningkatan kualiti produk – Berlaku persaingan dalam pasaran global menyebabkan
kualiti barangan semakin meningkat .
vii. Peningkatan pelaburan asing- Melalui bantuan modal asing negara kaya kepada
negara miskin dapat membangunkan negara miskin.
viii. - Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Perdagangan bebas yang berlaku dalam globalisasi ekonomi menyebabkan sesebuah negara
bebas memasarkan barangan ke negara lain tanpa tarif dan kuota. Negara yang terlibat bebas
mengimport dan mengeksport barangan tanpa sebarang sekatan dagangan dari negara-negara
lain.
76

