Page 27 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 27
Manual Pengurusan SKDWA 2020
16.3 Semua butir – butir yang perlu ditulis/dicetak dalam buku rekod ini
hendaklah sentiasa disediakan dalam keadaan yang kemaskini. Sukatan
dan Rancangan Pelajaran mestilah dilengkapkan seminggu selepas sekolah
dibuka.
16.4 Buku/Fail rekod ini hendaklah dihantar kepada guru besar pada hari Jumaat
atau pagi Isnin setiap minggu untuk diperiksa dan ditandatangani.
Kegagalan menghantar buku ini adalah dipertanggungjawabkan kepada
guru–guru sendiri. Pengedalian buku/fail rekod yang buruk akan
menjejaskan kewibawaan dan imej guru berkenaan. Teguran dan amaran
boleh dibuat oleh guru besar.
17. KAWALAN DAN DISIPLIN MURID
17.1 Setiap guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab menjaga kawalan
dan disiplin murid-murid sekolah ini sama ada yang diajar atau tidak.
Janganlah ada anggapan bahawa tugas menjaga kawalan disiplin murid
hanya terletak di atas tanggungjawab guru besar, Penolong Kanan, atau
guru disiplin / pengawas sahaja tanpa penglibatan guru – guru lain.
17.2 Kerjasama dari setiap guru adalah perlu bagi mencapai mutu kawalan dan
disiplin yang tinggi bagi murid – murid sekolah ini.
17.3 Tindakan hukuman atau denda yang dikenakan biarlah sesuatu yang boleh
memberi kesedaran dan kebaikan kepada murid yang melanggar peraturan
disiplin atau lain-lain kesalahan dan hendaklah tidak terkeluar dari bidang
kuasa yang diberikan kepada guru – guru.
17.4 Kegagalan menjaga kawalan disiplin murid–murid semasa guru mengajar
dan membimbing sama ada di dalam atau di luar kelas akan menjejaskan
imej guru tersebut.
18. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
18.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta sekolah
sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke
pengetahuan pihak sekolah.
18.2 Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan
lain-lain.
26

