Page 43 - 3D STUDIO MAX 6
P. 43
1.3 KEGUNAAN
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat mengetahui kegunaan grafik 3D dalam
keperluan pendidikan, bidang pengiklanan, hiburan dan perubatan.
Bug’s Life Apakah kegunaannya komputer grafik berbentuk 3D ini? Ia banyak
digunakan dalam pembikinan filem-filem iklan komersial, filem-filem
cereka fiksyen sebagai kesan-kesan khas dan juga sebagai alat simulasi yang paling
berkesan di dalam bidang perubatan dan kajian saintifik. Penghasilan filem iklan yang
menggunakan grafik 3D kelihatan lebih realistik, menarik dan hidup, justeru itu dapat
menarik lebih ramai penonton dan mendatangkan kesan yang positif terhadap barang
jualan. Filem-filem yang menggunakan grafik 3D lebih menarik perhatian penonton yang
sentiasa kagum dengan kesan-kesan sampingan yang luar biasa. Biasanya filem-filem
begini mendapat sambutan yang hebat daripada penonton, misalnya filem Toy’s Story, ,
Lord of The Ring, Spiderman dan sebagainya.
Jadi jelaslah bahawa komputer grafik
berbentuk 3D ini mempunyai masa depan
yang begitu cerah dalam banyak bidang
pekerjaan dan menjanjikan pulangan yang
begitu baik kepada mereka yang
mempunyai kemahiran dalam bidang ini.

