Page 44 - 3D STUDIO MAX 6
P. 44
UNIT 7 : PAPAN CERITA
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat mengetahui kegunaan kegunaan papan
cerita.
Secara dasarnya proses penghasilan animasi berkomputer dapat dibahagikan kepada
beberapa peringkat di antaranya ialah:
· Lakaran papan cerita
· Membina model
· Proses mereka permukaan tekstur
· Proses membina persekitaran maya
· Proses animasi dan pascaproduksi
Papan cerita merupakan unsur asas yang penting sebelum sesebuah animasi
dimulakan. Mula diperkenalkan dalam tahun-tahun 1930an apabila pengarah dan
pelukis-pelukis animasi menyedari bahawa menulis skrip secara tradisional tidak begitu
berkesan untuk menerangkan bagaimana untuk merakam filem-filem animasi.
Keberkesanan drama-drama biasa bergantung kepada dialog pelakon sebaliknya filem-
filem animasi banyak bergantung kepada jalan cerita melalui aksi-aksi watak.
Sebelum sesuatu papan cerita dihasilkan kita mesti mempunyai cerita yang ingin
disampaikan. Setelah pasti ceritanya baharulah kita melakar papan cerita mengikut
sesuatu format yang sesuai. Salah satu format yang sesuai ditunjukkan di bawah.
Contoh Papan Cerita
Dalam papan cerita ini biasanya di sertakan pelbagai aspek produksi seperti maklumat
lokasi, sudut kamera, sudut pencahayaan dan kesan khas.

