Page 50 - 3D STUDIO MAX 6
P. 50
UNIT 10: KAMERA DAN PERSPEKTIF
Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat:
· Memahami konsep sudut pandangan kamera dan sudut pandangan
perspektif.
· Mengetahui jenis-jenis pergerakan kamera seperti pan, zoom, dan dolly.
Sudut Pandangan Kamera
Dalam konsep 3D sudut pandangan kita terhadap sesuatu objek boleh dilihat dari dua
sudut pandangan iaitu dari sudut pandangan kamera dan dari sudut pandangan
perspektif. Sudut pandangan kamera adalah sudut pandangan orang yang memandang
melalui sesebuah kamera maya. Melalui sudut pandangan ini, orang yang memandang
boleh mengubah setting yang menyamai kamera biasa. Dengan membuat pergerakan
pada kamera akan menghasilkan satu bentuk animasi yang kompleks dan menarik.
Seperti kamera biasa, kamera maya dalam konsep 3D juga boleh melakukan teknik-
teknik zoom, pan dan dolly.
Teknik pan digunakan untuk menghasilkan pandangan pergerakan kamera sama ada
dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Dalam bidang perfileman yang sebenar, pergerakan
pan ini biasanya dibantu dengan ‘rail’ sebagai landasan untuk menghasilkan satu
pergerakan yang stabil. Dalam konsep 3D, teknik pan dicapai dengan cara memasukkan
nilai-nilai koordinasi X, Y dan Z pada setiap objek.
Teknik dolly adalah teknik menggerakkan kamera secara berpusing ke atas dan ke
bawah sementara sudut pandangan dan titik fokus tertumpu kepada objek. Dalam
o
konsep 3D, teknik ini boleh dilakukan dengan kaedah pemusingan kamera antara 180
hingga 360 .
o
Untuk teknik zoom pula, kamera digerakkan secara mendekat dan menjauh daripada
objek untuk menghasilkan zoom in dan zoom out.
Kedudukan kamera yang diletakkan dalam Front Viewport

