Page 53 - Buku dasar sekolah
P. 53

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        29.0   TEKNOLOGI  MAKLUMAT  DAN  KOMUNIKASI  (TMK)  DALAM
               PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


         29.1    PENGENALAN

        29.1.1  TMK  dalam  Pendidikan  adalah  untuk  melahirkan  modal  insan  yang
                berkeupayaan,  berinovasi  dan  meneroka  bidang  baru  bagi  menjana
                kekayaan  negara  dengan  penglibatan  dan  kerjasama  kelompok  pakar,
                perkongsian dengan sektor awam-swasta serta penglibatan komuniti.

         29.2    PERNYATAAN DASAR

        29.2.1  Memastikan TMK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid ke
                arah pembangunan modal insan berteraskan kemahiran abad  ke-21.

        29.2.2  Memastikan  TMK  dalam  pendidikan  menjadi  tanggungjawab  bersama-
                sama sektor awam, swasta dan komuniti.

        29.2.3  Memastikan penggunaan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan
                dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

         29.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        29.3.1  Menyediakan  infrastruktur  dan  perkakasan  TMK  yang  mencukupi  dan
                terkini untuk semua peringkat institusi pendidikan.

        29.3.2  Memperluas mata pelajaran TMK di semua institusi pendidikan.

        29.3.3  Membudayakan  penggunaan  TMK  secara  kreatif  dan  inovatif  dalam
                pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran.

        29.3.4  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran reka bentuk pengajaran bagi
                pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

        29.3.5  Membangunkan  dan  memperluas  bahan  pengajaran  dan  pembelajaran
                dalam  bentuk  digital  dan  menggalakkan  perkongsian  kolaboratif
                kelompok pakar dalam pembangunan bahan sumber digital.

        29.3.6  Memastikan  infrastruktur TMK  dan  semua  aplikasi  KPM  dalam  keadaan
                tersedia dan berfungsi secara optimum.







    44
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58