Page 25 - tmp
P. 25
dibenarkan untuk maksud perjalanan sekiranya sebelum ini seseorang guru terlibat dengan
pengajaran di kelas lain.
14.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng berbunyi.
14.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh tertentu dalam masa
pengajarannya walaupun pelajar-pelajarnya telah diarahkan membuat kerja bagi mata
pelajarannya.
14.4 Guru dikehendaki menggunakan waktu sepenuhnya sewaktu di dalam bilik darjah untuk
Menyampaikan pengajaran dan mengendalikan gerak kerja pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru hendaklah melibatkan diri bersama-sama pelajar sehingga ke akhir waktu
pelajarannya.
15.0 JADUAL WAKTU DAN PENGAJARAN DI KELAS
15.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan dalam
kelas.
15.2 Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan Jadual Waktu kepada Penolong Kanan
Pentadbiran untuk fail sekolah dan rujukan.
15.3 Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
15.4 Memulakan pengajaran mengikut masa seperti di dalam Jadual Waktu.
15.5 Pengajaran hendaklah berdasarkan persediaan yang ditulis.
15.6 Bahan-bahan atau alatan bantuan mengajar (ABM) hendaklah sentiasa digunakan semasa
pengajaran.
15.7 Semasa berada di kelas fokus adalah kepada aktiviti PdPc.
15.8 Pengajaran di dalam kelas hendaklah berfokus dan mengaplikasikan kemahiran KBAT dan i-
Think dengan berkesan.
15.9 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sempurna adalah mengikut peruntukan
masa yang ditetapkan.
16.0 BUKU REKOD MENGAJAR
16.1 Ia adalah DOKUMEN RASMI dan hendaklah sentiasa lengkap, kemaskini dan dijaga dengan
baik.
16.2 Catatan di dalamnya hendaklah dibuat lebih awal dari waktu pengajaran.
16.3 Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, guru-guru yang tidak menulis Buku Rekod Mengajar
boleh didenda hingga RM500.00
16.4 Setiap guru hendaklah menyempurnakan Buku Persediaan Mengajar dan buku tersebut
hendaklah ada bersama guru semasa mengajar.
16.5 Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar pada setiap hari
24

