Page 22 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 22
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
Buku Pengesanan Murid hendaklah diisi oleh Ketua Tingkatan/Penolong Ketua
Tingkatan dan disahkan kehadiran murid oleh setiap Guru Mata Pelajaran yang
masuk ke kelas. Guru Penyelaras Ketua Tingkatan perlu memaklumkan perkara ini
semasa Perhimpunan/perjumpaan pertama. Guru masa terakhir perlu memastikan
ketua tingkatan menyerahkan buku ini ke Bilik Disiplin untuk pemantauan dan
tindakan Unit Disiplin.
3.2 FAIL PERIBADI MURID
3.2.1 Semua murid Tingkatan 1 - Tingkatan 5 wajib mempunyai fail peribadi.
3.2.2 Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru
Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan
gambar terkini murid.
3.2.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, mykad, keputusan
Peperiksaan Dalaman , PT3 dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
3.2.4 Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan juga perlu disimpan di
dalam fail peribadi.
3.2.5 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila telah tamat persekolahan atau
bertukar sekolah.
3.2.6 Guru Tingkatan perlu mengemaskini segala maklumat murid mengikut tahun
semasa.
3.2.7 Slip Keputusan Peperiksaan Murid yang diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan
Dalaman juga akan dimasukkan dalam Fail Peribadi Murid.
3.2.8 Fail Peribadi Murid yang telah lengkap akan disemak dan dihantar ke Bilik Unit
Bimbingan dan Kaunseling pada akhir sesi persekolahan.
3.3 FAIL KELAS / TINGKATAN
3.3.1 Unit HEM akan menyediakan satu fail khas untuk Guru Tingkatan.
3.3.2 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat perakuan ibu
bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
3.3.3 Salinan surat tindakan disiplin sepertiamaran , ponteng dan surat gantung / buang
sekolah juga perlu disimpan dalam fail ini. Bagi murid yang mewakili sekolah,guru
penasihat perlu menyediakan satu surat pengesahan , jika tiada murid dikira
ponteng sekolah.
3.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan beserta dengan Fail Analisis Kehadiran Murid( FAKM)
diakhir sesi persekolahan.
3.4 PENDAFTARAN MURID BARU
3.4.1 Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang
Maklumat Murid ( APDM ) telah dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid
membawa bersama APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap
dan terkini. Penyelaras Tingkatan juga memastikan pelajar baru mengisi Memo
Kemasukan Murid Baru.
3.4.2 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan dan perlu
mengisi butiran murid dengan lengkap dalam buku daftar (buku besar berwarna
hijau)
Murid warga asing dibenarkan berada di sekolah atau berada di kawasan
sekolah walaupun tidak menjelaskan bayaran LEVI (RM 240.00), yuran sekolah
(RM 5.60), yuran PIBG RM 70.00), bayaran Program Kecemerlangan SPM (RM
70.00) dan PT3 (RM 50.00) dan modul (RM 10.00).Akan tetapi Penyelaras
Tingkatan perlu memastikan perkara di atas telah dipenuhi dengan segera
untuk menerima kemasukan murid berkenaan.
3.4.3 Guru Data akan memasukkan data murid baru dan mengemaskini data kelas di
dalam APDM secara online.
3.4.4 Guru Tingkatan perlu menyemak jika ada murid yang pernah menerima sebarang
bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
3.4.5 Guru Penyelaras PPKI mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan
kepada PK HEM.
3.4.6 Guru Tingkatan menyemak latar belakang setiap murid untuk mengenal pasti anak
22

