Page 30 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 30
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
murid yang memperolehi pendapatan isirumah kurang daripada RM1000 sebulan..
3.18.8 Guru biasiswa perlu menyimpan semua butiran peribadi penerima biasiswa serta
rekod prestasi akademik bagi memantau perkembangan dan memastikan mereka
tidak ketinggalan.
3.19 KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.19.1 Kaunselor mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid
terhadap akademik di samping membantu serta membimbing murid menyelesaikan
sendiri masalah emosi- sosial yang dihadapinya.
3.19.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya
boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.Campur
tangan daripada pihak ketiga adalah dilarang dan menyalahi etika.
3.19.3 Kaunselor boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan
sama ada secara individu atau kelompok.
3.19.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling haruslah memainkan peranan aktif dalam
merancang,mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan,
akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid.
3.19.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka,
terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di
IPTA atau IPTS.
3.19.6 Kaunselor mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada
murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi
murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi
kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK
HEM setiap bulan untuk tindakan susulan.
3.19.7 Guru Disiplin / Guru Tingkatan perlu merujuk kepada kaunselor murid yang telah
dikenakan tindakan disiplin dan perlu menjalani sesi kaunseling.
3.19.8 Kaunselor perlu menjalankan program penilaian kendiri bagi membantu murid
membuat penilaian terhadap diri sendiri dengan menggunakan Buku Penilaian
Kendiri yang wajib dimiliki dan ditanda setiap hari oleh murid. Buku ini hendaklah
dikumpul dan dianalisa sebulan sekali bagi mengesan murid yang memerlukan
perhatian.
3.19.9 Memantau Buku Profil Murid bagi mengesan murid bermasalah dan menjalankan
Program Penjernihan untuk mereka.
3.19.10 Setiap data kaunseling murid disimpan secara sistematik, sentiasa dianalisis dan
dibuat pembaikan dari masa ke semasa.
3.20 KEBAJIKAN MURID
3.20.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat tentang bilangan anak yatim atau
murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat
diberikan bantuan. Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi
persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut
kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan PK HEM.
3.20.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM / Penolong Kanan
Petang sekiranya ada pada kalangan murid kelasnya yang menghidap penyakit
denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat kemalangan /
kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.20.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana
seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.
30

