Page 103 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 103
18 KURSUS DALAMAN DAN PERKEMBANGAN STAF
18.1 Kursus diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi dan
ketrampilan guru. Kehadiran adalah wajib.
18.2 Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan segera kepada Pengetua atau
Penolong Kanan.
19 GURU TIDAK HADIR BERTUGAS DI SEKOLAH
19.1 Guru yang tidak hadir bertugas sama ada secara terancang (contohnya berkursus
atau menghadiri mesyuarat) atau tidak terancang (contohnya jatuh sakit)
hendaklah menyedia bahan mengajar. Bahan itu hendaklah diserahkan kepada
Guru Kanan.
19.2 Guru ganti dikehendaki menggunakan bahan itu semasa berada di dalam kelas
berkenaan.
20 MENULIS SURAT KEPADA PIHAK ATASAN
20.1 Setiap urusan surat menyurat keluar atas urusan rasmi hendaklah dengan
pengetahuan pengetua, mengguna kepala surat ‘letter head’ sekolah dan
ditandatangan oleh pengetua.
20.2 Surat peribadi tidak boleh mengguna surat yang ada ‘letter head’ sekolah.
21 JADUAL WAKTU
21.1 Semua guru hendaklah mematuhi jadual waktu P&P yang telah ditetapkan. Jika
tidak hadir ke sekolah hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Pengetua.
22 PERSEDIAAN MENGAJAR
22.1 Buku Persediaan mengajar hendaklah disedia dengan lengkap, teratur dan kemas
kini. Buku ini hendaklah diserahkan kepada pengetua, penolong kanan, atau ketua
bidang yang berkenaan pada setiap hari Jumaat. Jika Jumaat merupakan hari cuti
awam, buku berkenaan hendaklah diserahkan sebelum hari cuti.
22.2 Buku Persediaan Mengajar adalah salah satu dokumen yang dirujuk sewaktu menilai
prestasi kerja tahunan guru.
23 JADUAL GANTI
23.1 Jadual ganti dibuat apabila seseorang guru tidak hadir ke sekolah. Tugas sebagai
guru ganti akan diberi kepada guru yang kurang memasuki kelas pada hari
berkenaan. Bagaimanapun guru-guru lain juga akan ditugaskan sebagai guru ganti
berdasarkan keperluan yang wujud pada sesuatu masa.
23.2 Guru ganti bertanggungjawab untuk memberi maklumat terhadap perkara-perkara
yang berlaku di dalam kelas semasa jagaannya.
98

