Page 104 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 104

23.3  Guru ganti hendaklah mengambil bahan daripada Guru Kanan mengikut bidang
                                masing-masing untuk diguna di kelas yang digantinya.  Bagaimanapun guru ganti
                                boleh mengguna kelas itu untuk melaksanakan kelas tambahan.

                           23.4  Guru-guru yang tidak dapat masuk ke kelas atas urusan rasmi perlu mengisi borang
                                permintaan relief yang disediakan di  pejabat dan disahkan oleh  Pengetua atau
                                Penolong Kanan Pentadbiran.

                      24  JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

                             23.1   Maklumat di dalam buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis oleh Guru
                                    Kelas sahaja.

                             23.2   Kehadiran pelajar hendaklah ditanda  selewat-lewatnya  pada awal waktu
                                    kedua.

                             23.3   Pada akhir bulan buku ini hendaklah ditutup (iaitu dilakukan rumusan data).

                             23.4   Guru kelas  hendaklah menghantar surat-surat amaran kepada penjaga  bagi
                                    pelajar yang tidak hadir mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan oleh pihak
                                    kementerian.

                             23.5   Sila rujuk tatacara penghantaran surat kepada penjaga bagi memaklumkan kes
                                    tidak  hadir  ke sekolah secara  berturut-turut atau berselang seli.   Guru kelas
                                    diminta mematuhi tatacara berkenaan. (rujuk Buku Kehadiran Murid muka surat
                                    6).

                      25  KELUAR KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS

                             24.1   Guru  dan  kakitangan tidak  dibenarkan keluar dari kawasan sekolah  dalam
                                    waktu bekerja.

                             24.2   Guru dan  kakitangan yang  perlu keluar kerana urusan penting  hendaklah
                                    memaklumkan kepada pengetua dan merekodkannya ke dalam buku rekod
                                    kebenaran keluar di pejabat dan bilik pengawal keselamatan.



                      26  RAHSIA SEKOLAH

                             Guru dan kakitangan tidak dibenarkan membocorkan maklumat sulit sekolah kepada
                             mana-mana pihak termasuk kepada pihak media massa.

                      27  MENJAGA NAMA BAIK JABATAN

                             26.1   Guru dan kakitangan mestilah menjaga  nama baik Kementerian  Pelajaran
                                    Malaysia dan institusi yang berada di bawahnya.


                                                                                                           99
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109