Page 105 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 105

26.2   Kakitangan yang  tidak  mematuhi peraturan ini  boleh  dikenakan tindakan
                                    berdasarakan Perintah Am Bab D2.

                      28  PENGELUARAN BAHAN BERCETAK

                             29.1   Penerbitan sesuatu risalah atau majalah mestilah dengan kebenaran pengetua.

                             29.2   Satu salinan risalah/majalah hendaklah dihantar kepada pengetua.

                             29.3   Bahan bercetak yang dikeluarkan adalah untuk edaran dalaman sahaja.

                             29.4   Kandungan  risalah hendaklah tidak  mengandungi unsur-unsur subversif,
                                    perkauman dan tidak berbau politik.

                      29  PENGGUNAAN ALATAN SEKOLAH

                             Sebarang  alat hendaklah diguna  untuk  kepentingan sekolah ini dan  mematuhi
                             peraturan yang ditetapkan.  Contohnya, guru-guru yang memegang komputer riba,
                             LCD,  Kamera dan Donggle hendaklah mengguna perkakasan itu  untuk kerja-kerja
                             sekolah dan digunakan sebagai alat pemudah cara PdP.

                             30.1   Pinjaman hendaklah dengan kebenaran ketua bahagian / penjaga stok.
                             30.2   Pinjaman  dan pemulangan alatan hendaklah dicatatkan  ke dalam  Buku
                                    Pinjaman Bahagian / Jabatan berkenaan.
                             30.3   Laporkan kepada ketua bahagian/penjaga stok sekiranya alat yang dipinjam
                                    rosak.
                             30.4   Alat  boleh    dipinjam   dalam    jangka   pendek    (ditetapkan   ketua
                                    bahagian/penjaga stok).
                             30.5   Peminjam bertanggungjawab untuk membuat laporan (termasuk laporan polis)
                                    jika alatan itu hilang semasa berada di dalam tangannya.

                      30  LAPORAN MESYUARAT DAN AKTIVITI LUAR

                             31.1   Semua ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit dan ketua panitia hendaklah
                                    melaporkan kegiatan-kegiatan yang telah selesai dijalankan.
                             31.2   Laporan hendaklah disampaikan kepada pengetua, dan
                             31.3   Masukkan satu laporan itu dalam fail yang berkenaan. (sila rujuk format laporan
                                    dilampiran)
                      31  LAWATAN KE LUAR NEGARA

                             32.1   Guru dan kakitangan yang bercadang melawat ke luar negara (seberang laut)
                                    hendaklah  memohon kebenaran  Jabatan Pelajaran Perak  dengan mengisi
                                    borang khas yang boleh didapati di pejabat sekolah. Permohonan boleh dibuat
                                    sebulan lebih awal dari tarikh pergi melancong.

                             32.2   Guru diminta memaklumkan ke pejabat sekolah tentang tarikh dan jangkamasa
                                    ke luar negara.  Rujuk:  Bil. (3) dlm.J. Pel.Pk 4072/64 Pt. 11.


                                                                                                         100
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110