Page 106 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 106
32 SURAT, ARAHAN DAN PEKELILING
33.1 Surat-surat, arahan dan pekeliling yang ditujukan kepada guru hendaklah diteliti
dan ambil tindakan yang diperlukan.
33.2 Jika surat-surat berkenaan merupakan makluman ia hendaklah difailkan.
33.3 Surat-surat penting hendaklah disimpan dalam fail sekolah, sementara
salinannya disampaikan kepada guru yang berkenaan
33 PENGURUSAN FAIL-FAIL
34.1 Apabila guru menerima fail yang ditujukan kepadanya untuk dilakukan tindak
ikut, guru tersebut hendaklah bertanggungjawab mengurus perkara berkenaan
sehingga selesai.
34.2 Jika melibatkan pengisian maklumat ke dalam borang, guru berkenaan
bertanggungjawab mendapat dan mengisi maklumat ke dalam borang
berkenaan.
34.3 Guru diminta menyedia draf surat iringan. Draf surat itu hendaklah sempurna
dari segi susunan ayat, ejaan dan tatacara surat rasmi. Draf surat itu diserahkan
kepada PO untuk ditaip.
34 PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(PSKPP)
35.1 Semua guru dan kakitangan dimestikan menjadi ahli PSPKK dan membayar
bayaran khas yang dikenakan oleh persatuan ini.
35.2 Sebagai ahli, semua guru dan kakitangan digalak mengambil bahagian dalam
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini
35 KESELAMATAN MAKMAL SAINS, BENGKEL DAN BILIK-BILIK KHAS
36.1 Bilik berkenaan hendaklah mempunyai peringatan bertulis tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan. Ketua unit atau ketua panitia bersama guru-
guru dalam panitianya bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini.
36.2 Selepas diguna alat-alat hendaklah disusun atur dengan kemas supaya
pengguna berikutnya boleh mendapat alatan itu dengan mudah.
101

