Page 17 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 17

PUDINA






                                                                  Nama saintifik :  Mentha arvensis

                                                                   Nama lain : Bo He (China) , field mint

                                                                   Nama tempatan :  Pudina

                                                                   Famili : Labiatae / Lamiacea









               Pokok pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis merupakan sejenis tumbuhan herba
               yang  mempunyai  banyak  kegunaan.  Spesies  tumbuhan  herba  ini  berasal  daripada  family
               Labiatae  dan  genus  Mentha.  Daun  pudina  digunakan  dalam  resipi  masakan  Melayu  dan
               Barat.  Antara  resipi popular  yang  menggunakan  daun  pudina  ialah  ramuan  ulaman  untuk
               laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding. Daun pudina
               digunakan dalam pelbagai aneka resipi masakan kerana baunya yang wangi.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Daun pudina mempunyai saiz antara 2 hingga 3 cm panjang dan 1.5 hingga 2.5 cm lebar.
               Spesies  tumbuhan  herba  ini  merupakan  sejenis  tumbuhan  kecil,  juga  dikenali  sebagai
               tumbuhan tutup bumi. Pokok pudina membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.
               Daunnya mempunyai aroma yang kuat. Permintaan yang tinggi di Malaysia menyebabkan
               pokok pudina ditanam secara komersil dewasa ini. Spesies tumbuhan herba ini juga boleh
               ditanam di dalam pasu.

                Bahagian Yang Digunakan


               Daun

               Amalan Tradisi Perawatan


               Daun pudina mempunyai ciri-ciri yang besifat sejuk. Oleh yang demikian, dalam perubatan
               masyarakat Cina, daun pudina dijadikan sebagai teh untuk kegunaan harian. Selain itu, daun
               pudina juga telah lama digunakan di Eropah sebagai penawar bagi penyakit batuk. Spesies
               tumbuhan  herba  ini  juga  turut  digunakan  dalam  merawat  penyakit  berkaitan  paru-paru,
               demam selesema, membuang angina dalam badan dan juga menghilangkan ruam kulit. Bagi
               yang sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian,
               pengambilan teh daun pudina juga dapat menghilangkan tekanan.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22