Page 36 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 36
LIMAU NIPIS
Nama saintifik : Citrus aurantifolia
Nama lain : Jeruk nipis, jeruk pecel (Indonesia) , key
lime, lime, West Indian lime
Nama tempatan : Limau Nipis
Famili : Rutaceae
Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya
dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari
India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika
dan subtropika. Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti
mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.Limau nipis
juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut
dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan
Ciri - Ciri Tumbuhan
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis
pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk
membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah
kelemumur.Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di
samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.Bagi suri
rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai
perisa masakan dan makanan.
Bahagian Yang Digunakan
Buah dan kulit buah
Amalan Tradisi Perawatan
Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang
dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru
bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut. Jus buah limau nipis
membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis
berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan
untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi
vitamin A dan vitamin C. Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan
sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau
nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan
kain.

