Page 35 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 35
LEMON
Nama saintifik : Citrus limon
Nama lain :
Nama tempatan : Lemon
Famili : Rutaceae
Lemon mempunyai nama saintifik sebagai citrus limon. Lemon adalah dari keluarga
Rutaceae. Ia merupakan sejenis buah yang kaya dengan Vitamin C dan merupakan
antiseptik, antibiotik dan antioksidan. Ia sering digunakan dalam minuman dan juga
makanan. Buah lemon berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi kuning
menarik bila sudah matang. Pokok lemon sangat sesuai ditanam di kawasan tanah
yang beriklim panas dan lembab. Tanah yang berpasir juga sangat bagus untuk
tanaman pokok lemon dan elakkan menanam lemon di kawasan yang selalu banjir.
Ciri - Ciri Tumbuhan
da pelbagai jenis lemon yang boleh hidup di Malaysia, dan di antaranya ialah lemon
belian, lemon telur buaya, lemon kapas dan juga lemon Meyer.Buah lemon juga sering
diguna sebagai penawar kepada keracunan dan racun. Ia juga dikatakan menjadi
detox dan boleh menurunkan berat badan. Selain itu, ia digunakan dalam minuman
bersama madu dan air panas untuk mengubati sakit tekak. Kulitnya boleh digunakan
untuk menghilangkan bau busuk di badan. Ia juga boleh melawaskan sistem
penghadaman.
Bahagian Yang Digunakan
Buah
Amalan Tradisi Perawatan
Seseorang yang mengambil berat tentang kesejahteraan mereka berusaha
mempelbagaikan makanan mereka sebanyak mungkin dan menambahnya dengan
buah-buahan yang sihat, termasuk lemon. Nilai pemakanannya, komposisi kimia yang
kaya, khasiat perubatan, rasa yang indah dan unik telah menjadikan buah unik ini
popular di kalangan penyokong makanan sihat..
Lemon digunakan tidak hanya dalam memasak ketika membuat semua jenis
hidangan, tetapi juga dalam tata rias untuk membuat topeng berkhasiat dan dalam
perubatan, sebagai sumber vitamin C.

