Page 37 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 37
LIMAU PURUT
Nama saintifik : Citrus hystrix DC.
Nama lain : Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut
(Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Nama tempatan : limau purut
Famili : Rutaceae
Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan
Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam
disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak
berapa berair. Tumbesaran pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau
lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi
gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk
kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan
dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam
Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang
tidak berapa berair juga turut digunakan. Limau purut tergolong dalam subgenus
Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana
keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah Citrus hystrix yang bermaksud
'Landak' dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
Bahagian Yang Digunakan
Buah dan daun
Amalan Tradisi Perawatan
Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan
rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk
mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser,
limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh
membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi,
nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,
lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

