Page 40 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 40
MURBERI
Nama saintifik : Morus nigra
Nama lain :
Nama tempatan : mulberi
Famili : Moraceae
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat
sutera, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutera yang baik. Maka
disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera
atau besaram. Oleh kerana itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini. Mulberry
memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenali
sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama
Sangye.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini
dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry merupakan
tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus
Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain
yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara
beriklim tropika dan sub-tropika.
Bahagian Yang Digunakan
Daun, buah, ranting dan akar
Amalan Tradisi Perawatan
Secara tradisionalnya, buah Mulberi telah digunakan sebagai agen perubatan bagi memberi
khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat
masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Buah Mulberi juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi,
sebuah antioksidan yang boleh ditemui pada anggur merah yang mampu membersihkan
polutan dalam tubuh.

