Page 38 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 38

CILI


                                                           Nama saintifik :  Capsicum spp.

                                                           Nama lain : cabai


                                                           Nama tempatan :  Cili

                                                           Famili : Solanaceae




               Cili padi , cili api, cili rawit, cabai burung, lada jarum, atau lada tunggeng (kerana
               buahnya  dalam  keadaan  terbalik)  merupakan  sejenis  tumbuhan  dari  keluarga
               Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia
               dan Thailand. Nama lain bagi cili api di Indonesia lebih popular dengan Cabe Rawit
               atau Lombok Rawit. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan
               dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Cili  adalah  sejenis  tanaman  yang  tumbuh  menegak,  berakar  tunjang,  batang
               bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada
               kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz
               daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih
               tumbuh  keluar  dari  ketiak  dan  daun  berbentuk  loket.  Buah  pula  berbentuk  tirus
               memanjang.

                Bahagian Yang Digunakan


               Buah


               Amalan Tradisi Perawatan

               Kini  penanaman  cili  padi  telah  wujud  dengan  ada  petani  yang  menanam  secara
               komersil.  Walaupun  begitu  Malaysia  masih  mengimport  beratus  metrik  tan  cili  api
               Siam dari Thailand setiap tahun melalui Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan di Golok
               atau Pengkalan Kubur. Kenapa petani di Malaysia tidak mampu menghasilkan cili padi
               yng  mencukupi  untuk  penduduk  tempatan?  Salah  satu  sebabnya  adalah  masalah
               serangan penyakit cili padi tempatan yang sukar diatasi sama ada kawalan kimia, IPM
               atau kaedah lain.
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43