Page 41 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 41

MARKISA





                                                            Nama saintifik :  Passiflora edulis

                                                             Nama lain :

                                                             Nama tempatan :  Markisa

                                                             Famili : Passifloraceae





               Pokok Markisaatau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokokyang menjalar
               bagi  mendapatkan  cahaya  matahari.  Buahnya  yang  rasa  sedikit  masam  dan manis  boleh
               dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar
               rayaatau  kedai-kedai.Markisa  ataupun  nama  saintifiknya  (Passiflora  edulis)merupakan
               sejenis  tanaman  dari  genus  (Passiflora)dalam  keluarga(passifloraceae).Pokok  markisa  ini
               terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India,
               Kenya,  New  Zealand  dan  Hawaii.  Markisa  ditanam  secara  komersil  di  negara-negara
               berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning
               (Passiflora  edulis  f.flvicarpa)dan  buah  markisa  berkulit  warna  ungu  (Passiflora
               edulissim).Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah
               di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil
               untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi.
               Maka  barulah  buah  markisa  tersebut  boleh  dituai.  Ini  selalunya  berlaku  selepas  75  hari
               selepas proses pendebungaan.

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Pokok markisa atau buah susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan
               cahaya  matahari.  Ia  dikenali  kerana  buahnya  yang  rasa  sedikit  masam  dan  manis  boleh
               dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar
               raya atau kedai-kedai.

                Bahagian Yang Digunakan

               Buah dan kulit


               Amalan Tradisi Perawatan


               Buah  markisa  ungu  sesuai  dimakan  mentah  manakala  buah  markisa  kuning  pula  sesuai
               digunakan  untuk  penghasilan  jus.  Pulpa  markisa  boleh  dijadikan  jem,  agar-agar,  perasa
               ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang
               unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan
               riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah
               markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46