Page 44 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 44
NENAS
Nama saintifik : Ananas comosus
Nama lain :
Nama tempatan : Nenas
Famili : Commelinaceae
Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli
[1]
berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili
Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih
daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan
klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris
kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana,
yang bermakna "buah yang sangat baik".
Ciri - Ciri Tumbuhan
Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh
setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara
tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk.
Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.
Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan,
Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.
Bahagian Yang Digunakan
Buah
Amalan Tradisi Perawatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil,
merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda
sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.
Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.Nanas dipercayai mampu boleh
merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan
pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan
bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali
[6]
sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ
mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. [perlu rujukan] Buah ini mempunyai
kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang
lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan
minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada
buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan
fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid
serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh
badan.

