Page 46 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 46

ROSEMARY



                                                           Nama saintifik :  Rosemarinus officinalis


                                                           Nama lain : Rosemary

                                                           Nama tempatan :

                                                           Famili : Labiatae






               Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan Inggeris. Ia merupakan
               sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine.
               Rosemary  mempunyai  bunga  yang  berwarna  ungu  kebiruan  dan  di  negara  empat  musim  ia  akan
               berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga
               dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam ( gambar di atas ) tidak pernah berbunga lagi.
               Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian lima kaki.

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Pembiakannya  mudah  melalui  keratan  batang.  Untuk  hidup  di  Negara  kita  yang  beriklim  panas,
               rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam di tempat yang agak
               redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastikan ranting
               yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan
               tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat. Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya
               didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut. Di Negara barat rosemary merupakan
               simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru
               berkahwin.


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun

               Amalan Tradisi Perawatan


               Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan
               kita. Rosemary sesuai diletakkan di atas meja dipejabat atau di atas meja belajar kanak-kanak. Daun
               rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan
               kerana  baunya  akan  berkurangan  apabila  kering.  Satu  kajian  oleh  Chi-Tang  Ho,  Ph.  D.  ,  seorang
               profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, New Jersey mendapati
               penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan
               separuh dari risiko terkena kanser. Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary
               hanya  mendapat  separuh  dari  kebarangkalian  mendapat  kanser  kolon  dan  kanser  paru-paru
               berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.Selain daripada itu rosemary
               juga  digunakan  untuk  merawat  masalah  penghadaman  dan  haid  yang  tidak  teratur.  Cara
               penggunaannya  sama  iaitu  dengan  minum  secawan  kecil  teh  rosemary  setiap  pagi  sebaik  sahaja
               bangun dari tidur. Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala. Jika
               teh  ini  diminum  bersama  madu  ia  boleh  digunakan  untuk  merawat  batuk.  Ia  juga  baik  digunakan
               sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan
               kedutan kecil pada kulit. Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary.
               Walau  bagaimanapun  kuantiti  sedikit  yang  digunakan  sebagai  rempah  dalam  masakan  tidak  akan
               mendatangkan kemudaratan.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51