Page 47 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 47

KUNYIT PUTIH

                                                                Nama saintifik :  Kaempferiae Rotundae

                                                                Rhizoma

                                                                 Nama lain : Jawa - Kunci Pepet, Temu Rapet,
                                                                                      Ardong (Jawa), Kunir Putih (Sunda)



                                                                 Nama tempatan :  Kunyit putih

                                                                 Famili : Zingiberaceae


               Sebenarnya, herba ini lebih banyak terdapat di Indonesia berbanding di Malaysia..
               Oleh kerana itulah, apabila kita mencari maklumat mengenai herba ini, kebanyakan infonya datang dari negara
               sana..Oleh hal yang demikian, rakyat Indonesia lebih menyedari akan kebaikan, kepentingan, khasiat serta
               kegunaan Herba Semulajadi Kunyit Putih ini berbanding rakyat Malaysia..Kunyit Putih ini mampu mengatasi dan
               mengekalkan kesihatan dan kecantikan setiap individu..Di sini, kami akan mendedahkan pada anda sekalian
               mengenai info yang sangat berguna mengenai Kunyit Putih..

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Tanaman  ini  terdapat  pada  dataran  rendah  dengan  ketinggian  kurang  dari  750  m  dpl.  Banyak  ditemukan  di
               Sumatera dan Jawa. Selain itu, juga ditemukan di India, Srilanka, dan Malaysia. Terna tahunan dengan tinggi 30-
               70 cm ini tumbuh merumpun dengan batang semu yang tumbuh dari rimpangnya. Daun tunggal, helaian daun
               berbentuk lanset, panjang 20-30 cm, lebar 7,5-10 cm, ujung runcing, pangkal berpelepah, tepi rata, warnanya hijau
               muda dengan bahagian tengah bercorak warna coklat. Bunga keluar dari rimpang dengan batang semu yang amat
               pendek.  Bunga  boleh  tumbuh  berkumpulan,  sering  mekar  beberapa  kuntum  sekaligus,  warnanya  ungu  muda
               kemerahan. Akarnya berdaging membentuk rimpang yang tidak terlalu besar, iaitu seukuran telur puyuh. Dari
               rimpang induk keluar akar-akar kasar yang ujungnya terdapat anakan rimpang yang berair dan tampak tumbuh
               berkumpulan menutupi rimpang induk. Jika rimpang dibelah terlihat warnanya putih pucat, berserat halus, dan
               rasanya pahit. Jika telah keluar bunga, menandakan rimpang siap di panen. Umbi muda bisa dijadikan lalap.
               Perbanyakan dengan rimpang.

                Bahagian Yang Digunakan


               Biji @ buahnya

               Amalan Tradisi Perawatan


               Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas yang menjadi penyebab tumbuhnya sel
               kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. "Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa
               kehamilan  kerana  dapat  mengakibatkan  keguguran,"  Kecil  ukurannya..  Tetapi  jangan  diremehkan  khasiatnya.
               Kunyit putih atau temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional.
               Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putih merupakan tanaman rimpang atau ubi-ubian. Sekilas tanaman ini
               serupa dengan temu mangga, sebab warnanya sama-sama putih.Kunyit atau kunir putih juga berbeza dengan
               kunyit kuning yang berwarna kuning. Tanaman ini bermanfaat untuk melegakan perut yang kembung. Bahkan
               sebahagian  orang  menyakininya  dapat  mencegah  kanser.  Juga  ada  yang  mendakwanya  sebagai  ubat
               kanser.Boleh jadi ini kerana kunir putih memiliki sifat antikanser lewat kerja imunomodulator-nya. Ekstrak kedua
               tanaman ini pada percubaan keatas tikus ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan ketoksikan sel
               pembunuh kanser (natural killer) dan sintetik antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme
               pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser..
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52