Page 48 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 48

SALOM


                                                                Nama saintifik :  Oenanthe javanica

                                                                 Nama lain : minari (Korea) , seri (Jepun)

                                                                 Nama tempatan :  Salom

                                                                 Famili :









               Pokok selom (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia
               Timur. Taburan aslinya meluas di kawasan-kawasan Asia yang beriklim sederhana dan
                                                                 [2]
               tropika, malah ia juga asli di Queensland, Australia.  Sekiranya anda penggemar ulam2an,
               daun selom atau nama botaninya Oenanthe javanica memang tidak asing lagi bukan saja
               dikalangan orang melayu, malah kini orang cina, india dan kaum2 yang lain turut
               menggemarinya. Tumbuhan ini boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, terutamanya
               India, Pakistan, Jepun, Taiwan dan China. Ianya tumbuh liar dikawasan bertanah lembap
               seperti paya dan tepi sungai. Daun dan batangnya berwarna hijau dan bunganya bersaiz
               kecil dan berbunga kecil. Rasanya yang lemak-lemak dan sedikit pedas memang menambat
               hati pengemarnya. Ia sesuai dicicah sambal, budu atau cincalok dan dimakan bersama nasi.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Pokok selom merupakan pokok saka herba yang mampu mencapai ketinggian satu meter.
               Akarnya berserat dan tumbuh dari semua buku. Bunganya berkelopak lima dengan lima
               stamen. Daunnya wangi dan glabrus (licin tidak berbulu) dengan tangkai berupih. Anak
                                                       [3]
               daunnya berbentuk cuping-cuping kedut.  Pokok ini tumbuh liar di kawasan lembap di
               sepanjang alur dan tepi kolam.

                Bahagian Yang Digunakan

               Daun , batang dan bunga


               Amalan Tradisi Perawatan


               Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serabut. Daun
               dan batang selom dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala
               jengking dan bengkak kerana kanser. Air rebusan selom boleh diminum sebagai penawar
               demam selsema, susah buang air kecil dan berak berdarah. Biji selom dijadikan penawar
               jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom dijadikan perangsang
               buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53