Page 49 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 49
KACANG BOTOL / KACANG KELISA
Nama saintifik : Psophocarpus tetragonolobus
Nama lain : Kacang Botor, kacang botol, kacang
sirek, atau kalkang (Inggeris: winged
bean atau Goa bean)
Nama tempatan : Kacang botol
Famili : Fabaceae
Kacang kelisa ialah tumbuhan kekacang tropika yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea.
Pokok ini tumbuh dengan subur dalam iklim tropika hujan panas dan lembab; di negara-negara
khatulistiwa Asia Tenggara sehingga ke Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka, dan Jepun yang
menyebutnya ryukyuan atau shikaku-mame, Africa dan Latin Amerika. Pohon kacang kelisa tumbuh
secara menjalar merembat. Buahnya memanjang, mempunyai 4 cuping. Sepanjang setiap tepi cuping
bergerigi kecil lembut, mengandungi banyak biji benih tersusun didalamnya. Bijiannya berbentuk bulat
membujur mirip kacang soya. Kacang kelisa berwarna hijau muda ketika masih muda, hijau gelap
ketika matang, dan bertukar berwarna perang coklat apabila tua.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok kacang botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau
melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa
yang lain. Ia ialah tumbuhan herba saka dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga
empat tahun, tetapi juga boleh ditanam sebagai pokok semusim mengikut kegunaan
penanamannya.Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik,
dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya
untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan banyak baja nitrogen tetapi
masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.
Bahagian Yang Digunakan
Akar, daun dan pucuk, kacang botol dan biji
Amalan Tradisi Perawatan
Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri. Daun muda boleh dimasak sebagai sayur
daun yang serupa dengan daun bayam. Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai
sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding
ubi kentang. Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan
kopi. Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang
lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok
Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.

