Page 11 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 11
PEGAGA KAMPUNG
Nama saintifik : Centella asiatica(L) urban
Nama biasa : Asiatic pennywort, gotu KolaNama
Nama tempatan : Pegaga
Famili : UMBELLIFERAE
Pendahuluan:
Tumbuhan ini telah pun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi terutama dalam perawatan Ayur
vedik di India serta rawatan bagi masyarakat Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk
dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih
popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pegaga merupakan tumbuhan bersaiz kecil, jangkahayat yangpendekserta menjalar. Mempunyai
tangkai daun yang panjang,berwarna hijau.Bentuk daunnya bulat dan licin sertaberbentuk palmat.
Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa
atau Pegaga ubi. Pegaga yang mempunyai banyak kelebihan adalah Pegaga ubi.
Tabiat Tumbuhan
Tabiat Tumbuhan Pegaga tumbuh secara liar di dalam semua keadaan tanah. Sebahagiannya
memerlukan sedikit teduhan dan ada juga spesies yang memerlukan cahaya sepenuhnya. Setengah
pegaga boleh tumbuh dalam keadaan tanah yang agak keras seperti atas batu. Dalam keadaan liar, ia
boleh dijumpai di kawasan yang lembab seperti di sekeliling kolam, di sepanjang tasik, kolam dan
jugaboleh didapati di kawasan sawah padi.
Bahagian Yang Digunakan
Keseluruhan pokok, Bahagian atas tanah, Akar
Amalan Tradisi Perawatan
Pegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong),
asma,rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan
oleh pengumpulan air dalam badan). Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk
menurunkantekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda. Di Malaysia
pegagadijadikan sebagai ulammakanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai
airminuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik dikalangan
masyarakat India.Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan
kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jusdaun pegaga
yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-
setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atautuam untuk merawat sakit
akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus
daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser.Setengah-setengah orang mempercayai
bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandungi bagi tujuan awet muda.

