Page 147 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 147
Selain itu, masalah murid yang tidak menguasai teknik menjawab soalan
subjektif melibatkan eksperimen dan rekacipta juga telah dapat diatasi. Ini dapat dilihat
apabila murid berupaya memberikan penerangan yang menepati kehendak soalan
berdasarkan format PT3 hasil daripada bimbingan dan perbincangan yang telah diadakan
sepanjang SCIENCE QUEST dijalankan. Oleh yang demikian, kami berpendapat
pengubahsuaian terhadap modul latih tubi yang berfokus dan bersasar telah memberikan
satu motivasi baharu kepada murid seterusnya telah berjaya meningkatkan penguasaan
murid terhadap soalan berbentuk eksperimen dan rekacipta.
SIGNIFIKAN INOVASI
Science Quest merupakan inovasi yang dilakukan terhadap kaedah latih tubi. Jika sebelum
ini, latih tubi hanya lah berkonsepkan guru memberi soalan dan murid menjawab di mana
perbincangannya pula hanya berlaku secara sehala. Kaedah konvensional ini dilihat tidak
lagi relevan pada masa kini.
Hasil dapatan daripada inovasi ini secara tidak langsung dapat mencungkil pemikiran kreatif
dan kritis murid semasa proses perbincangan berlaku. Murid dilihat sangat aktif di dalam sesi
ini kerana mereka bebas untuk menyampaikan idea tanpa rasa malu. Ini selaras dengan
Pendidikan alaf baharu (PAK-21) yang berpusatkan murid.
Selain itu, inovasi ini telah membantu murid memperluaskan pengetahuan mereka tanpa
dibatasi dengan apa yang ada di dalam buku teks sahaja. Melalui modul soalan yang
disediakan, telah berjaya menjadikan murid untuk berfikir secara diluar kotak dalam
menyelesaikan masalah yang diberikan. Ini sekali gus telah membantu murid memperolehi
ilmu baharu yang boleh dijadikan sebagai pelengkap kepada ilm sedia ada.
Inovasi terhadap latih tubi ini juga, boleh dijadikan sebagai alternatif dalam proses
pembelajaran. Ini kerana, melalui SCIENCE QUEST murid telah didedahkan pembelajaran
berbentuk autentik dimana murid berpeluang merasai situasi sebenar semasa melengkapkan
soalan yang diberikan, terutama bagi soalan merekacipta. Murid dilihat sangat teruja apabila
mereka berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan dengan menggunakan bahan-bahan
sebenar mengikut kreativiti mereka.
Imbas Kod QR – Video ‘Science Quest’
147

