Page 1038 - e Prosiding Serai 2021
P. 1038

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               wacana dalam teks yang diterbitkan dalam dua bahasa ini sebagai bahan bacaan komuniti
               setempat.




               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini menggunakan metodologi yang bersifat kuantitatif. Analisis kuantitatif terhadap teks
               laporan  berita  diaplikasikan  untuk  mengenal  pasti  kekerapan  penanda  wacana  yang

               digunakan antara teks laporan berita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam melaporkan
               peristiwa  berita  yang  sama.  Ini  juga  membolehkan  pengkaji  untuk  menganalisis  penanda
               wacana yang dimasukkan dalam laporan berita Bahasa Melayu tetapi tidak digunakan dalam

               laporan berita Bahasa Inggeris, ataupun sebaliknya. Pendekatan ini membolehkan pengkaji
               membezakan teks laporan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

                          Hasil  daripada  data  yang  dianalisis  diletakkan  secara  bersebelahan  untuk
               membolehkan perbandingan antara setiap laporan berita dilakukan lebih menyeluruh (Rujuk
               Lampiran 1) Pendekatan ini membolehkan pengkaji untuk menganalisis data dengan lebih

               terperinci dan tepat. Kebiasaannya, teks laporan Bahasa Melayu cenderung untuk lebih jelas
               dan  lebih  padat  daripada  teks  laporan  Bahasa  Inggeris.  Oleh  yang  demikian,  kaedah

               kuantitatif memudahkan perbandingan di antara teks laporan berita dalam Bahasa Melayu
               dan Bahasa Inggeris.


               ANALISIS DAN DAPATAN

               Empat  jenis  laporan  berita  terkini  digunakan  dalam  kajian  ini.  Setiap  laporan  berita
               melaporkan jenis peristiwa berita yang sama iaitu berkaitan dengan pencapaian atlet negara

               di Sukan Olimpik Tokyo. Laporan berita kajian dikumpul daripada empat sumber artikel akhbar
               yang berbeza dalam bahasa iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The

               Star. Setiap laporan berita yang digunakan adalah ditulis pada tarikh yang sama iaitu 31 Julai
               2021.  Keempat-empat  teks  laporan  berita  tersebut  ditulis  oleh  wartawan  tempatan  sebaik
               sahaja kemenangan pingat gangsa oleh pemain bergu badminton Malaysia. Berikut adalah

               tajuk utama akhbar pada keempat akhbar:

















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1020
   1033   1034   1035   1036   1037   1038   1039   1040   1041   1042   1043