Page 1040 - e Prosiding Serai 2021
P. 1040
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tersebut iaitu 27% penanda penghubung dan 24% penanda rujukan berbanding dengan 9%
penanda penghubung dan 10% penanda rujukan. Penanda penghubung “dan” dan “and” telah
digunakan dalam keempat-empat akhbar.
Didapati akhbar Bahasa Melayu lebih kerap menggunakan penanda rujukan “itu”
berbanding dengan akhbar Bahasa Inggeris. Contoh, Beregu nombor sembilan dunia “itu”,
Pingat gangsa buat beregu negara “itu”, Tiga pingat “itu” dan Temasya berprestij “itu” daripada
Berita Harian dan Beregu No. 1 negara “itu”, Kejayaan “itu” dan Beregu No. 9 dunia “itu”
daripada Utusan Malaysia. Sebaliknya, akhbar Bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan
“they” dan “their” yang merujuk kepada kedua-dua orang pemain badminton dalam penulisan
laporan.
Sementara penanda penggantian adalah jarang digunakan dalam penulisan akhbar
Bahasa Melayu. Hanya Utusan Malaysia yang menggunakan “kemenangan tersebut”
manakala The Star menggunakan “Indonesian”, “experience opponents” dan “list of players”
dalam laporannya. Seterusnya penggunaan penanda leksikal dan penanda ellipsis tidak
digunakan dalam akhbar Bahasa Melayu. Terdapat satu contoh penanda leksikal antonim
“win-lost” dalam laporan New Straits Times dan satu contoh penanda elipsis “It” bagi The Star.
Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan penanda penggantian,
leksikal, dan elipsis di dalam akhbar Melayu adalah sangat kurang atau langsung tidak
digunakan berbanding akhbar bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, dalam
laporan akhbar, penggunaan bahasa Inggeris dalam komuniti adalah lebih meluas berbanding
bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pelaporan akhbar yang dikaji, isunya adalah pada
peringkat global yang mensasarkan komuniti global sebagai pembaca. Oleh itu, kecekapan
penggunaan bahasa Inggeris dalam penerbitan akhbar ini adalah pada tahap yang luhur
menghampiri kesempurnaan sesebuah penulisan wacana.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.
Penggunaan wacana dalam penulisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu merupakan suatu
perkara yang amat penting demi membentuk sebuah hasil yang berkualiti. Sehubungan
dengan itu, penulis sewajarnya memahami dan mendalami fungsi-fungsi wacana, seterusnya
memiliki kemahiran untuk menggunakan wacana ini pada tempat dan keadaan yang sesuai
kerana banyak faedah yang dapat diperolehi daripada penggunaan wacana. Hal ini demikian
kerana kegagalan seseorang penulis dalam menguasai kemahiran penggunaan wacana
boleh mengakibatkan mereka gagal dalam membentuk atau menghasilkan sebuah karya atau
penulisan yang puitis dan kritis. Kepentingan dan kebaikan penggunaan wacana
menyebabkan wacana merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh penulis,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1022

