Page 1044 - e Prosiding Serai 2021
P. 1044

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM ABDULLAH NASIH ULWAN BAGI MENANGANI
                                    TINGKAH LAKU AGRESIF PELAJAR SEKOLAH

                                          1
                                                                             2
                                                                                                        3
                Noraniza binti Mohd Nor  , Hammadah bin Abdul Rahman  , Izan Kazura binti Ismail  ,

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                      noraniza@ipgkdri.edu.my, hammadah@ipgkdri.edu.my, izankazura@gmail.com



                                                       ABSTRAK


               Isu  tingkah  laku  agresif  sering  menjadi  subjek  perbincangan  serius  dalam  kalangan  guru
               disiplin  dan  kaunselor  sekolah.  Dari  perspektif  Islam,  tingkah  laku  yang  agresif  berlaku

               disebabkan oleh kekurangan  nilai-nilai Islam dalam aspek interaksi pelajar di sekolah. Oleh
               itu,  kesediaan  guru  disiplin  dan  kaunselor  sekolah  untuk  memanfaatkan  kemahiran  dan

               pengetahuan  kaunseling  pendekatan  Islam  adalah  penting  dalam  merealisasikan  pelan
               pembangunan pendidikan yang dirancang. Kertas konsep ini bertujuan untuk meningkatkan
               keberkesanan  kaunseling  Islam  berdasarkan  pandangan  Abdullah  Nasih  Ulwan  dalam

               menangani tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah. Metodologi kajian ini adalah
               berbentuk sorotan literatur melalui kajian terhadap buku, jurnal dan kajian terdahulu yang
               berkaitan  dengan  topik  perbincangan.  Kajian  ini  telah  mendapati  bahawa  terdapat  4  cara

               untuk  menangani  tingkah  laku  agresif  dalam  kalangan  pelajar  sekolah  menengah
               berdasarkan pandangan Abdullah Nasih Ulwan yang mana  meliputi tanggungjawab terhadap
               pendidikan  akidah,  tanggungjawab  mendidik  minda,  tanggungjawab  mendidik  kesedaran

               minda dan tanggungjawab mendidik jiwa. Garis panduan di atas adalah dicadangkan untuk
               digunakan oleh kaunselor sekolah dalam menangani isu tingkah laku agresif dalam kalangan

               pelajar sekolah.

               Kata kunci: Kaunseling Islam, Abdullah Nasih Ulwan, kelakuan agresif, pelajar sekolah



               PENGENALAN


               Tingkah  laku  agresif  menurut  Olweus  (1993)  adalah  didefinisikan  sebagai  tindakan
               memusuhi,  sengaja  menyakiti  seseorang  secara  berulang  kali,  samada  dilakukan  secara
               individu  atau  berkumpulan.  Menurut  Liu  et.  al.,  (2013)  di  dalam  konteks  kanak-kanak

               prasekolah, tingkah  laku  agresif  yang  ditunjukkan  pada  peringkat  perkembangan  sebegini
               berpunca dari masa lalu, bukannya bermula pada peringkat ini. Adalah didapati bahawa terapi
               kaunseling  remaja  hari  ini  tidak  menggunakan  pendekatan  Abdullah  Nasih  Ulwan  iaitu






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1026
   1039   1040   1041   1042   1043   1044   1045   1046   1047   1048   1049