Page 1041 - e Prosiding Serai 2021
P. 1041

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               malah  ianya  perlu  dipelajari  dan  dikuasai  dengan  baik  untuk  menambahbaik  kualiti  hasil
               penulisan. Selain itu, kelebihan penggunaan wacana adalah dapat membantu penulis untuk

               menyambung ayat dengan ayat, dapat menghubungkan perenggan dengan perenggan yang
               lain  serta  melahirkan  ayat-ayat  dan  perenggan-perenggan  yang  berkesinambungan,
               bermakna  dan  gramatis.  Oleh  itu,  jelaslah  bahawa  penggunaan  wacana  dalam  penulisan

               amatlah berfungsi bagi menghasilkan kerja yang kelihatan lebih profesional.


               SYOR CADANGAN KAJIAN

               Walaupun kajian ini melaporkan analisis yang terhad dengan membandingkan hanya empat
               artikel akhbar tetapi ia memberi ruang kepada pengkaji untuk menjalankan penyelidikan yang

               lebih terperinci pada masa akan datang.  Penyelidik juga boleh menyediakan  satu rangka
               kerja  yang    sistematik    untuk  dijadikan  sebagai    panduan  dan  rujukan  bagi  melicinkan
               perlaksanaan  kajian pada masa akan datang. Seterusnya, data yang dikumpulkan  akan

               diteliti  terlebih  dahulu  oleh pengkaji bagi memastikan  setiap maklumat yang diperolehi
               adalah tepat dan sahih.  Hal ini  adalah bertujuan untuk mengelakkan kerosakan bahan kajian

               bagi tujuan analisis.  Kajian  ini  menggunakan  kaedah  menyenaraikan (listing out) dan juga
               penjadualan  data  (data  scheduling)  untuk    mencapai  matlamat    kajian  iaitu  mengkaji
               penggunaan  wacana  serta  kepentingannya  dalam  penulisan.  Oleh    itu,    penyelidik  perlu

               membincangkan sekiranya penggunaan kaedah-  kaedah tersebut iaitu menyenaraikan dan
               penjadualan data adalah bersesuaian dengan  keperluan  kajian  ini  yang  memerlukan  data-

               data    yang  tepat  daripada  bahan  kajian  yang  telah  ditetapkan.  Setelah  perbincangan
               dilakukan,  penyelidik  dapat  mengenalpasti  sama  ada  data-data  ini  boleh  diukur  tahap
               kebolehpercayaannya sebelum analisis data dapat dilakukan. Dengan ini, penyelidik dapat

               menambahbaik ketepatan dan kualiti hasil kajian.

               RUJUKAN

               Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi keempat).

               Husin Fateh Din. (2016). Wacana penulisan. Sasbadi.
               Knox, J., & Patpong, P. (2008). Reporting bloodshed in Thai newspapers: A comparative case
                     study  of  English  and  Thai.  Dalam  E.  Thomson  &  P.  White  (Peny.)  Communicating
                     conflict:          Multilingual  case  studies  of  the  news  media  (m.s.  173–202).  London:
                     Continuum International  Publishing Group.

               Peter, F. (2021, July 31). Aaron – Wooi Yik win Olympik medal for Malaysia.  New Straits
                     Times.  https://www.nst.com.my/sports/badminton/2021/07/713607/aaron-wooi-yik-win-
                     olympic-medal-malaysia
               Scollon, R., Wong-Scollon, S. & Kirkpatrick. A. (1998). Contrastive discourse in Chinedese
                     and English: A critical appraisal. Beijing: Foreign Language Teaching and Research
                     Press.


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1023
   1036   1037   1038   1039   1040   1041   1042   1043   1044   1045   1046