Page 1046 - e Prosiding Serai 2021
P. 1046

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kaunseling Islam


               Menurut (Zakaria & Akhir, 2017), kaunseling Islam di Malaysia bermula sekitar tahun 1980-
               an. Menurut Rahman & Ismail, 2013, tujuan kaunseling Islam adalah untuk memandu klien ke
               arah  ketenangan  jiwa.  Menurut  (Rassool,  2016),  kaunseling  Islam  adalah  tindak  balas

               kontemporari, sepertimana pendekatan terapi lain tetapi ia berdasarkan pemahaman Islam
               mengenai  sifat  manusia  yang  menggabungkan  keperibadian  ke  dalam  proses  terapi.
               Kaunseling  Islam  dipelopori  oleh  sebilangan  sarjana  kaunseling  Islam  yang  menegaskan

               bahawa adalah perlu bagi bidang kaunseling dijalankan dengan menyesuaikannya dengan
               prinsip Islam dan bukannya metodologi arus perdana yang ada pada masa itu.


                         Model Pendekatan Islam yang digunakan di Malaysia adalah untuk menyesuaikan dan
               menyepadukan model tradisional yang ada. Model popular yang ada ini termasuklah Ad-Deen

               Cognitive  Counselling,  iCBT,  Spiritual  Counseling,  Al-Ghazali,  Asmaul  Husna  dan  Model
               Rasulullah s.a.w (sunnah). Ia dapat ditunjukkan melalui kajian yang mendalam oleh (Mustaffa,
               1998) yang menyatakan bahawa kaunseling Islam adalah satu set proses pengajaran dan

               pembelajaran  yang  bertujuan  untuk  membantu  individu  atau  kumpulan  orang  yang
               mempunyai masalah mental dan psikologi untuk membimbing dan mendorong mereka dalam

               mencapai kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat berdasarkan Islam sebagai cara
               hidup.


               Pernyataan Masalah

               Tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah selalu menjadi satu stigma

               dan  data  statistik  bagi  salah  laku  disiplin  yang  dicatatkan  oleh  Kementerian  Pelajaran
               Malaysia (2012) menunjukkan peningkatan data dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam
               tingkah laku agresif. Sebenarnya, kajian terbaru juga menyatakan kebimbangan mengenai

               peningkatan tingkah laku negatif dalam kalangan belia seperti yang dinyatakan oleh (Azizan
               & Yusoff, 2018).


                          Keganasan  dalam  media  bukannya  menyebabkan  pelajar  bertindak  agresif  secara
               fizikal, verbal, emosi serta seksual tetapi hanya menyebabkan pelajar bertindak agresif ketika
               pergaduhan  (Yaacob,  2010).  Kesalahan  yang  digambarkan  dalam  media  didapati  tidak

               menyebabkan pelajar bertindak secara agresif secara fizikal, lisan dan jenayah, tetapi hanya
               menyebabkan pelajar berkelakuan buruk dalam pergaduhan (Yahaya & Idris, 2011). Namun,
               Abdullah Nasih Ulwan (1998) menjelaskan bahawa minat menonton filem ganas dan seks

               adalah penyebab penyimpangan dalam pendidikan anak-anak (Ismail & Daud, 2014). (Yahya
               et al., (2007) menyebut dalam kajiannya bahawa tingkah laku agresif yang menyebabkan buli

               boleh  berlaku  di  semua  peringkat  persekolahan  samada  peringkat  sekolah  rendah  dan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1028
   1041   1042   1043   1044   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051